Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصيام٠ مشاهدة

HUKUM BERPUASA SUNAT SEPANJANG TAHUN

الجواب

SOALAN 45 (29/06/2015 BERSAMAAN 12 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum berpuasa sunat sepanjang tahun?

JAWAPAN

Makruh berpuasa sepanjang tahun, khususnya bagi mereka yang bimbang akan bahaya terhadap dirinya atau bimbangkan hak orang lain. Ini berdasarkan riwayat al-Bukhari.

Dalam hal ini, terdapat riwayat daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma berkata: Rasulullah SAW bersabda:

لَا صَامَ مَنْ صَامَ الْأَبَدَ

Maksudnya: “Tidak ada puasa bagi siapa yang berpuasa selama-lamanya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Merujuk kepada hadis ini, menunjukkan bahawa tidak boleh berpuasa sepanjang tahun. Sebahagian ulama berpendapat hadis ini, merupakan doa kecelakaan bagi orang yang berpuasa supaya tidak meneruskan kesinambungan puasa sunat yang menyebabkan seseorang itu lemah daripada menunaikan amalan kebaikan dan kewajipan terhadap dirinya, keluarga dan yang berhak dilaksanakan.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم irsyad-1965

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص