الصيام

HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan · فتوى رقم ٢٠٬١٥٨

الجواب

SOALAN 2 (18/06/2015 BERSAMAAN 01 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum berbekam pada masa puasa?

JAWAPAN

Berbekam pada siang hari pada bulan Ramadan menjadi khilaf. Yang masyhur dalam kalangan ramai sahabat dan tabiin bahawa ia tidak batal puasa berdasarkan kepada nas. Dikatakan Sa’d bin Abi Waqas R.A melakukan bekam. Begitu juga al-Zubair bin al-Awwam R.A, Ummu Alqamah dan lain-lain. Kecualai Imam Malik dan Abu Hanifah menganggap berbekam hukumnya batal puasa. Manakala Ata’ berpendapat, wajib kifarah.

Pendapat yang masyhur adalah jumhur yang tidak makruh berbekam jika tidak membawa kelemahan kepada orang yang berpuasa. Lihat Su’alat al-So’imin, (hal. 65-66). Saya lebih cenderung kepada pendapat supaya tidak berbekam ketika berpuasa untuk keluar dari sebarang khilaf.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم irsyad-2071

٠ مشاهدة

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص