الطهارة

AL-KAFI #1936: PANDUAN KIRAAN MINIMUM HAID 24 JAM

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan · فتوى رقم ٢٩٬٦٠٦

الجواب

Soalan: Assalammualaikum, Saya tidak memahami kaedah minimum haid selama 24 jam. Bolehkah terangkan cara penentuan 24 jam haid. Mohon pencerahan.

Jawapan: Tempoh minimum haid ialah 24 jam yang terbahagi kepada dua:

Tempoh 24 jam darah yang keluar bersambung sehari semalam (أقل فقط)

Tempoh 24 jam darah keluar bercerai yang digabungkan dengan hari-hari lain selama 15 hari (أقل مع غيره).

Huraian Jawapan:

Haid dari sudut bahasa ialah mengalir. Sementara pada sudut istilah ialah darah tabi‘i (semulajadi) yang keluar daripada pangkal rahim perempuan ketika badannya keadaan sihat dalam tempoh tertentu [1].

Tempoh masa haid berdasarkan hasil kajian dan pemerhatian (istiqra’) oleh Imam Syafi‘i. Had masa yang paling minimum berdasarkan istiqra’ tersebut ialah 24 jam. Minimum haid terbahagi kepada 2 bentuk iaitu :

Kadar masa selama 24 jam keluar bersambung sehari semalam (أقل فقط)

Kadar masa selama 24 jam hasil gabungan darah yang keluar terputus-putus atau bercerai dalam tempoh kebiasaan, atau maksimum 15 hari haid. (أَقَلُّ مَعَ غَيْرِهِ مِنْ الْغَالِبِ وَالْأَكْثَر) [2]

Darah yang tidak mencukupi 24 jam setelah digabungkan dalam tempoh 15 hari dikenali darah rosak (fasad) seperti dihukumkan darah istihadah.[3] Oleh itu, darah yang tidak mencapai kadar sekurang- kurang miminum haid (24 jam) tidak boleh dihukumkan haid.

Jadual berikut contoh darah haid keluar minimum 24 jam yang terbahagi kepada 2 bentuk iaitu darah yang bersambung dan darah yang bercerai.

Jadual 1.1 Tempoh minima haid 24 jam sehari semalam yang bersambung

Tarikh

Masa

Keluar Darah

Hukum

1 MEI

2 MEI

12 PM

Hingga

12 PM

Keluar darah sehari semalam berterusan dan bersambung

Darah yang keluar adalah darah haid kerana mencukupi 24 jam selama sehari semalam (فقط أقل)

Jadual 1.2 Tempoh minima haid 24 jam darah keluar bercerai yang digabungkan dengan hari-hari lain dalam tempoh kebiasaan, atau maksimum 15

PENUTUP

Berdasarkan hasil kajian dan pemerhatian ( istiqra’ ) oleh Imam Syafi‘i, tempoh minimum haid adalah 24 jam sama ada dalam bentuk darah yang keluar bersambung sehari semalam (أقل فقط) atau darah keluar bercerai yang digabungkan dengan hari-hari lain (أقل مع غيره). Kiraan tempoh haid pada setiap jam sangat penting untuk menentukan darah yang keluar itu mencukupi 24 jam untuk dihukumkan sebagai darah haid. Hal ini kerana ia melibatkan perlaksanaan ibadah seperti solat, puasa, iktikaf dan membaca al-Quran.

Wallahu A'lam

Rujukan:

[1]Al-Khatib As-Syirbini, Syamsuddin. Mugni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani al-Fazd al-Minhaj ( Dar al-Kutub Ilmiyah. 1994) 1/277

وَهُوَ لُغَةً: السَّيَلَانُ وَشَرْعًا دَمُ جِبِلَّةٍ أَيْ تَقْتَضِيهِ الطِّبَاعُ السَّلِيمَةُ يَخْرُجُ مِنْ أَقْصَى رَحِمِ الْمَرْأَةِ بَعْدَ بُلُوغِهَا عَلَى سَبِيلِ الصِّحَّةِ مِنْ غَيْرِ سَبَبٍ فِي أَوْقَاتٍ مَعْلُومَةٍ

[2] Al-Bujairimi. Sulaiman Bin Muhammad. Hasyiyah al-Bujairimi ‘ala-al-Khatib ‘ala Syarh al-Minhaj(1994) 1/132

وَأَقَلُّهُ) زَمَنًا (يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ) أَيْ قَدْرُهُمَا مُتَّصِلًا وَهُوَ أَرْبَعٌ وَعِشْرُونَ سَاعَةً (وَأَكْثَرُهُ) زَمَنًا (خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا بِلَيَالِيِهَا) وَإِنْ لَمْ تَتَّصِلْ وَغَالِبُهُ سِتَّةٌ أَوْ سَبْعَةٌ كُلُّ ذَلِكَ بِالِاسْتِقْرَاءِ مِنْ الْإِمَامِ الشَّافِعِيِّ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ. الْأَقَلُّ فَقَطْ إلَّا إذَا رَأَتْ أَرْبَعًا وَعِشْرِينَ سَاعَةً عَلَى الِاتِّصَالِ، ؛ لِأَنَّ الْأَقَلَّ لَهُ صُورَتَانِ أَقَلُّ فَقَطْ وَأَقَلُّ مَعَ غَيْرِهِ إمَّا مَعَ الْغَالِبِ أَوْ مَعَ الْأَكْثَرِ اهـ ح ل (قَوْلُهُ: وَإِنْ لَمْ يَتَّصِلْ) أَيْ وَكَانَ قَدْرُ مَجْمُوعِهِ يَوْمًا وَلَيْلَةً. فِي حُصُولِ أَقَلِّ الْحَيْضِ ح ل؛ لِأَنَّ الْأَقَلَّ لَهُ صُورَتَانِ أَقَلُّ فَقَطْ وَأَقَلُّ مَعَ غَيْرِهِ مِنْ الْغَالِبِ وَالْأَكْثَرِ

[3] al-Bakri al-Dimyati. Abu Bakar Uthman. I’anah al-Thalibin ‘ala Halli al-Faz Fath al-Mu’in, (Dar al-Fikr. 1997) 1/88.

يوم وليلة أي قدرهما مع اتصال الحيض، وهو أربع وعشرون ساعة. خمسة عشر يوما أي بلياليها، وإن لم يتصل، لكن بشرط أن تكون أوقات الدماء مجموعها أربع وعشرون ساعة فإن لم يبلغ مجموعها ما ذكر كأن دم فساد،

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-5642

٠ مشاهدة

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص