‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الجنائز
Hukum Binaan Bangunan Tempat Berteduh/ Rehat Di Tanah Perkuburan
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah memutuskan bahawa adalah:
Harus membina binaan bangunan tempat berteduh / rehat kepada penziarah kubur dan setor kecil bagi menyimpan peralatan menggali kubur di Tanah Wakaf Perkuburan. Walau bagaimanapun pembinaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Di tempat-tempat bersesuaian ii. Tidak menjadi gangguan kepada kubur-kubur sedia ada di tanah perkuburan iii. Kegunaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kubur semata-mata.
المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-5387
