Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

Penutupan Masjid Ar-Ridhwan, Berjuntai Bistari, Kuala Selangor Dan Perpindahan Solat Jumaat Ke Surau Ar-Ridhuan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:

i. Bersetuju dengan penutupan Masjid ar-Ridhwan, Berjuntai Bistari, Kuala Selangor dan perpindahan Solat Jumaat ke Surau ar-Ridhuan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor dengan mengekalkan bangunan masjid demi memelihara kesuciannya.

ii. Dicadangkan agar pihak JAIS mengambil tapak masjid dan kawasan persekitarannya untuk dibangunkan bagi kemaslahatan ummah.

المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-5523