‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الزكاة والصدقات
Penggunaan Wang Zakat Bagi Pembiayaan Bakal-Bakal Haji Yang Diwartakan Oleh MAIS
Mesyuarat telah meneliti kertas tersebut dan membuat keputusan bahawa:
Wang zakat tidak boleh digunakan bagi membiayai bakal haji yang ditawarkan oleh MAIS berdasarkan kepada bahawa:
i. Bakal-bakal haji tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam asnaf zakat.
ii. Kewajipan haji adalah berdasarkan kemampuan seseorang Islam sebagaimana firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 97 : mafhumnya:
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”
المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-5550
