‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة
Pandangan Hukum Syarak; Laporan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Berkenaan Perkembangan Peratusan Patuh Syariah Sehingga 30 Jun 2020
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2020 yang bersidang pada 10 Safar 1442H bersamaan 28 September 2020 mengambil maklum dan menerima:
Pencapaian prestasi pelaburan PNB sehingga 30 Ogos 2020, di mana kesemua pelaburan patuh Syariah (ekuiti, pasaran wang, hartanah & hospitaliti dan sekuriti berpendapatan tetap) oleh PNB adalah pada tahap 74.9% dan dijangka mencapai 75% berakhir 31 Disember 2020.
Bertarikh 28 September 2020
(MJKFNS. BIL. 4/2020)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor
المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-6262
