Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

Pandangan Hukum Syarak Penilaian Semula Nilai Altitud Matahari Di Bawah Ufuk Bagi Penentuan Awal Waktu Solat Subuh Di Negeri Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6 Rabi’ul Akhir 1441H / 3 Disember 2019 memutuskan:

a) Permulaan waktu solat Subuh di Malaysia adalah menggunakan parameter altitud matahari pada 18° di bawah ufuk. Perubahan ini menyebabkan waktu solat Subuh sedia ada perlu ditambah sebanyak 8 minit;

b) Kajian ini telah dibahas dan dipersetujui dalam Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang telah diadakan pada 17-19 September 2019 untuk mengubah altitud matahari di bawah ufuk bagi penentuan awal waktu solat Subuh di Malaysia sedia ada iaitu 20° (Kelantan 19°); dan c) Pelaksanaan solat Subuh sebelum ini yang menggunakan altitud matahari pada 20° tetap dianggap sah kerana ia adalah masalah ijtihadiyah bergantung pada apa yang telah diputus dan dipersetujui oleh uli al-amr sebagai pemerintah.

Bertarikh 3 Disember 2019

(MJKFNS. BIL.6/2019)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-6309