Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾العقيدة

FAHAMAN DAN AJARAN MAKRIFAT OLEH ISMAIL BIN ARIFFIN @ LEPAT

1. Fahaman dan ajaran Makrifat oleh Ismail bin Ariffin @ Lepat adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah kerana mengandungi keraguan, kekeliruan dan penyelewengan dari aspek akidah, syariah, tasawuf dan tafsiran terhadap ayat al-Quran seperti berikut: a. Dari aspek akidah, fahaman dan ajaran ini menyerupai fahaman mujassimah dan mushabbihah yang cenderung kepada konsep hulul dan ittihad; b. Dari aspek syariah, fahaman dan ajaran ini mengandungi unsur-unsur penyelewengan seperti berikut: i. Wujud kecenderungan meremehkan kewajipan solat; dan ii. Menghuraikan ibadah solat dengan cara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Sel. P.U. 11. 13 Syawal 1445/ 22 April 2024

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 Fatwa di bawah Seksyen 52

Menurut subseksyen 52(1) dan subseksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1 tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

c. Dari aspek tasawuf, fahaman dan ajaran ini mengandungi unsur-unsur yang memisahkan hubungan antara syariah, hakikat dan makrifat yang tidak selaras dengan ilmu tasawuf dan makrifat yang sebenar menurut Ahli Sunah Waljamaah. d. Dari aspek tafsiran terhadap ayat al-Quran, fahaman dan ajaran ini menggunakan logik akal yang tidak bertepatan dengan— i. konteks sebenar ayat-ayat al-Quran; dan ii. tafsiran muktabar Ahli Sunah Waljamaah. 3. Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan semua atau sebahagian daripada elemen-elemen fahaman dan ajaran ini adalah disifatkan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah. 4. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk— i. beramal atau berpegang dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;

ii. menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya; iii. mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya; iv. mengajar, menyebarkan atau mengembangkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya; v. berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya; vi. memiliki, menyimpan, menerbitkan, menyalin, mencetak, menjual, mengedar atau menyiarkan apa-apa bahan yang menonjolkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa-apa bentuk termasuk filem, rakaman video atau audio, penulisan, akhbar, risalah, buku, majalah atau lain-lain bentuk penulisan;

vii. menganjur, mengadakan atau membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui pertubuhan, persatuan, syarikat atau badan lain; viii. memberi apa-apa kemudahan, sumbangan, pembiayaan atau bantuan kepada mana-mana orang atau badan untuk tujuan menyebarkan atau mengembangkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya. 5. Mana-mana orang Islam yang telah menyertai atau mengamalkan atau berpegang kepada fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Bertarikh 5 April 2024 [MAIS/BUU/600-6/1/33; P.U. Sel (ADV) PS. 05/4/12]

Dengan Titah Perintah

DATO’ SETIA PROF. MADYA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor

المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-9059