Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الأطعمة والأشربة

HUKUM KEPENGGUNAAN HAIWAN JALLALAH INDUSTRI AKUAKULTUR DI MALAYSIA

10kHUKUM KEPENGGUNAAN HAIWAN JALLALAH INDUSTRI AKUAKULTUR DI

1. Haiwan jallalah bermaksud haiwan yang dagingnya berbau busuk disebabkan haiwan itu memakan najis atau hidup di persekitaran najis. 2. Haiwan yang diternak dan dengan sengaja diberi makanan daripada najis ‘aini atau makanan yang dihasilkan daripada campuran bahan najis sama ada najis itu dalam kategori najis mughallazah atau mutawassitah termasuklah haiwan jallalah akuakultur yang dipelihara dalam kolam, tasik, lombong dan seumpamanya adalah haiwan yang diharamkan daripada dimakan jika tidak dilakukan proses kuarantin.

Sel. P.U. 12. 13 Syawal 1445/ 22 April 2024

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 Fatwa di bawah Seksyen 52

Menurut subseksyen 52(1) dan subseksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1 tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

HUKUM KEPENGGUNAAN HAIWAN JALLALAH INDUSTRI AKUAKULTUR DI

3. Kaedah kuarantin haiwan jallalah akuakultur adalah seperti berikut: a. Haiwan tersebut perlu diasingkan daripada ruang ternakan asal ke ruang baharu yang bebas daripada elemen najis; dan b. Ketika tempoh kuarantin dilakukan, haiwan tersebut boleh dibiarkan tanpa makan apa-apa makanan, atau diberi makan dengan makanan yang bersih, bebas daripada elemen najis. 4. Tempoh umum kuarantin adalah sekurang-kurangnya 3 hari dan hendaklah dipastikan hilang bau busuk. Jika selepas tempoh kuarantin tersebut masih ada kesan bau busuk najis pada haiwan tersebut, maka tempoh kuarantin perlu ditambah sehingga bau busuk hilang.

Bertarikh 5 April 2024 [MAIS/BUU/600-6/1/19; P.U. Sel (ADV) PS. 05/4/12]

Dengan Titah Perintah

DATO’ SETIA PROF. MADYA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor

المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-9100