Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Hukum Pemberian Dan Pengambilan Ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PREP) Bagi Tujuan Pencegahan Penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV)

PANDANGAN HUKUM SYARAK

MJKFNS Kali Ke-2/2025

11 MAC 2025

HUKUM PEMBERIAN DAN PENGAMBILAN UBAT PRE-EXPOSURE PROPHYLAXIS (PrEP) BAGI TUJUAN PENCEGAHAN PENYAKIT HUMAN IMMUNODEFICIENCY VIRUS (HIV)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2025 yang Bersidang Pada 11 Mac 2025 Bersamaan 10 Ramadhan 1446h memutuskan bahawa:

1) Ubat Pre-exposure Prophylaxis (PrEP) harus diambil dan diberi kepada pasangan suami isteri yang sah bagi mengelakkan penularan penyakit Human Immunodeficiency virus (HIV) kepada pasangan yang belum dijangkiti dengan nasihat pegawai perubatan iaitu doktor perubatan yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.

2) Pengambilan dan pemberian ubat Pre-exposure Prophylaxis (PrEP) untuk tujuan maksiat adalah haram dan dilarang.

DATO’ SETIA PROF. MADYA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-12098