Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

PENENTUAN KADAR DUA MARHALAH, QARYAH DAN BALAD DARI PERSPEKTIF FIQH SEMASA

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR KALI KE-2/2021 25 رجب 1442H / 9 Mac 2021

1. PENENTUAN KADAR DUA MARHALAH, QARYAH DAN BALAD DARI PERSPEKTIF FIQH SEMASA

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2021 yang bersidang pada 25 رجب 1442H bersamaan 9 Mac 2021 memutuskan bahawa;

a) Kadar dua (2) marhalah adalah tidak kurang daripada 81 km.

b) Persempadanan dan penentuan qaryah dan balad adalah mengikut pilihan seperti berikut:

i. Persempadanan mengikut kaedah, uruf dan ketetapan negeri-negeri selaras dengan Akta/ Enakmen Negeri; atau

ii. Persempadanan mengikut peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); atau

iii. Persempadanan mengikut peta yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui sistem i-PLAN; atau iv. Persempadanan baharu yang mengambil kira populasi kepadatan satu-satu penempatan secara vertical (seperti kondominium/ rumah pangsa seumpamanya) yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-12896