Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

AL-KAFI #634: CIRI-CIRI MALAIKAT

Soalan: Apakah ciri-ciri malaikat?

Jawapan: Malaikat adalah hamba-Nya yang tidak bermaksiat kepada Allah SWT dan selalu melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya. Allah SWT telah menciptakan mereka dan menentukan bahawa mereka akan selalu mentaati-Nya dan beribadah kepada-Nya. Di antara mereka ada yang ditugaskan menyampaikan wahyu, ada yang ditugaskan menurunkan rezeki, ada yang ditugaskan menjaga gunung-gunung atau yang ditugaskan sebagai makluk yang selalu beribadah, solat dan tasbih serta berzikir kepada Allah SWT.

Jumlah malaikat adalah tidak terhitung banyaknya. Sabda Nabi SAW:

إِنِّي أَرَى مَا لَا تَرَوْنَ، وَأَسْمَعُ مَا لَا تَسْمَعُونَ أَطَّتِ السَّمَاءُ، وَحُقَّ لَهَا أَنْ تَئِطَّ مَا فِيهَا مَوْضِعُ أَرْبَعِ أَصَابِعَ إِلَّا

وَمَلَكٌ وَاضِعٌ جَبْهَتَهُ سَاجِدًا لِلَّهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat apa yang tidak kalian lihat, aku mendengar sesuatu yang tidak kalian dengar. Langit merintih dan layak baginya untuk merintih. Tidak ada satu ruang selebar 4 jari, kecuali di sana ada malaikat yang sedang meletakkan dahinya, bersujud kepada Allah.”

Berikut kami senaraikan ringkasan beberapa ciri-ciri malaikat menurut Syeikh Abd al-Rahman Hasan Habannakah al-Maidani dalam bukunya Al-‘Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha, hlm. 235-240:

Makhluk daripada cahaya.

Malaikat bersama kita tetapi kita tidak dapat melihat mereka.

Malaikat mampu menyerupai segala sesuatu dan berubah bentuk.

Kekuatan dan kemampuan mereka luar biasa seperti memikul arasy dan meniup sangkakala.

Taat hanya kepada Allah SWT

Hampir kepada Allah SWT dan dimuliakan-Nya.

Sebagai utusan kepada para Nabi.

Mampu naik dan turun daripada langit ke bumi tanpa sebarang masalah.

Takut hanya kepada-Nya.

Makhluk sebelum terciptanya manusia.

Mempunyai sayap dua pasang, tiga pasang dan empat pasang.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-780