Hukum Menulis Atau Mencetak Ayat-Ayat Al-Quran Pada Kad-Kad Hari Raya, Kalendar Dan Akhbar-Akhbar
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
9/44/1996 06 APRIL 1996
HUKUM MENULIS ATAU MENCETAK AYAT-AYAT AL-QURAN PADA KAD-KAD HARI RAYA, KALENDAR DAN AKHBAR-AKHBAR
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 44/1996 yang bersidang pada 06 April 1996 telah memutuskan bahawa:
1. Jika diyakini bahawa kesucian ayat al-Quran itu dijamin terpelihara, maka ia boleh ditulis atau dicetak.
2. Jika sebaliknya, maka mesyuarat memutuskan bahawa hanya maksud atau makna ayat sahaja yang boleh ditulis atau dicetak pada kad, kalender dan akhbar tersebut.
Bertarikh 06 April 1996 MJKPHSWP Kali ke 44/1996 TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1996-e067d4fd
