Fatwa Menetapkan Harga Zakat 1417H/1997M Di Wilayah-Wilayah Persekutuan
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
6/45/1996 15 JULAI 1996
FATWA MENETAPKAN HARGA ZAKAT 1417H/1997M DI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 45/1996 yang bersidang pada 15 Julai 1996 telah memutuskan bahawa:
1. Kertas mengenai penetapan kadar zakat fitrah hendaklah dikemukakan setiap tahun kepada Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
2. Penetapan kadar zakat fitrah 1417H/1997M di Wilayah-Wilayah Persekutuan ialah sebanyak RM3.40.
Bertarikh 15 Julai 1996 MJKPHSWP Kali ke 45/1996 TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1996-124d643a
