AL-KAFI #533 : BAYAR ZAKAT MENGGUNAKAN KAEDAH 'BANK-IN'
Soalan: Bolehkah kita membayar zakat melalui Bank In ke akaun bank orang yang memerlukan, contoh madrasah-madrasah, orang-orang susah tanpa melalui PPZ?
Jawapan: Hukumnya adalah dibolehkan zakat dibayar melalui bank ini apabila memenuhi syarat-syaratnya. Tetapi seperti yang kami nyatakan bayaran zakat hendaklah diberi melalui PPZ kerana:
Ia badan yang dilantik oleh pemerintah dan mentaati pemerintah adalah wajib dalam perkara ketaatan.
Pembahagian kepada golongan asnaf berlaku lebih adil.
Ramai asnaf yang berhak memperolehi manfaat wang zakat tersebut.
Tidak timbul isu ketidak sampaian duit agihan zakat.
Baitul mal memerlukan duit zakat bertujuan pengagihan kepada semua asnaf yang lapan yang berhak seperti yang termaktub dalam al-Quran.
Justeru kami cadangkan serahkanlah kepada PPZ agar tidak timbul sebarang keraguan dan lebih tersusun disamping mentaati pemerintah.
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1015
