Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾العقيدة

Ajaran Nordin Putih Dan Kumpulan Ikhwan, Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya, Ajaran Roslan Katimun, Wali Sembilan, Ilmu Mentauhidkan Allah Oleh Nasrun S.t. Qahar Dan Ajaran Al-Qur'an Yang Menolak Hadis Oleh Abd. Manan Harun

(a) Ajaran Mohd. Nordin Putih1 dan Kumpulan Ikhwan;

[Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya]

(b) Tariqat Naqsyahbandiah Kadirun Yahya2;

1 Mohamed Nordin Bin Puteh berusia 55 tahun dan adalah bekas pelumba basikal dan ahli perniagaan. Beliau mengembangkan ajaran di rumah No.3, Jalan AU 5D/3, Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur sejak tahun 80an lagi. Ajaran ini berkembang di sekitar Lembah Kelang dan Hulu Kelang, Selangor dengan bilangan pengikutnya tidak melebihi 100 orang walaupun Mohamed Nordin Puteh mendakwa mempunyai 300 orang pengikut yang berusia 15-70 tahun. Beliau cuba mencari pengaruh dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga pernah menemui akhbar Watan dan telah disiarkan pada 4 Mei 1994. (Lihat Fatwa tentang Ajaran Mohd Nordin Puteh dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor, 15 September 1995) Nordin Putih telah meninggal dunia pada 11 Februari 2011 setelah bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah di sisi rakan karib beliau. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut Dalam.

Antara ciri-ciri ajaran yang dibawa ialah:  Mendakwa terima ijazah dari langit tahun 1988 sewaktu mengasingkan diri di sebuah gua setelah 6 tahun berkhalwat.  Mendakwa dapat keluarkan cahaya seperti bintang dari tubuhnya dan dinamakan "cahaya atas cahaya".  Mengaku Imam Mahadi dan pemimpin manusia yang dilantik oleh Allah abad yang ke 15.  Setiap pengikut tidak kira lelaki atau perempuan akan berpelukan erat dengan Nordin setiap kali dibuat perjumpaan (tetapi isteri-isteri Nordin tidak dibenarkan berpeluk dengan pengikut-pengikutnya).  Mencabar ulama.  Setiap pengikut diberi air jampi.  Mengajar ilmu syariat, tarikat, hakikat, makrifat.  Mengamal nikah batin.  Perjumpaan dengan pengikut diadakan pada waktu tengah malam. Mereka juga akan pergi ke sebuah gua di atas bukit Kg, Janda Baik berhampiran Tokong Hindu dengan berbekalkan sebatang lilin sahaja.

2 Prof. Kadirun Yahya atau nama kelahirannya Muhammad Amin (1917- 2001) dilahirkan dalam keluarga dari Besilam, Sumatera Utara. Beliau mendapat pendidikan formal dari institusi pendidikan Belanda yang ada pada zamannya (sebelum kemerdekaan Indonesia) dan mempelajari bidang ketabiban (Healing), Psikologi, Indologi (Pengajian Indonesia), Kimia dan Fizik sertai diakui sangat menguasai Bahasa Belanda, Jerman dan Inggeris. Mengenai pendidikan agamanya Prof. Kadirun menerima didikan tariqat Naqshabandi dari Shaykh Shahabuddin Sayur Matinggi, Maulana Sidi Shaykh Kadirun Yahya

[Ajaran Roslan Katimun dan Ajaran Wali Sembilan]

(c) Ajaran Roslam Katimun atau ajaran Wali Sembilan;

[Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T. Qahar]

(d) Ilmu mentauhidkan Allah oleh Nasrun S. T. Qahar; dan

Abdul Majid dan terutama sekali Saidi Shaykh Muhammad Hasyim Buayan. (Lihat Keperibadian Prof. Kadirun Yahya dan Pengaruhnya Terhadap Suasana Pengamalan Tarekat di Bawah Bimbingannya di Malaysia oleh Hamidun Mohamad Husin, hlm. 504)

Ajaran yang dibawa oleh beliau telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1981, malah terus menjadi topik perbahasan hangat Majlis berkenaan pada tahun-tahun 1985, 1986 dan 1987. Asas utama pengharaman amalan kumpulan ini berkisar masalah rabitah, dakwaan penyimpangan tafsiran ayat Quran dan beberapa perkara lain. (Lihat The Fraternity of Naqshabandiyah Khalidiyah of The Prof. Dr. H. Kadirun Yahya Foundation In Malaysia. A Critical Evaluation of Its Sufi Teachings And Practices. (Tesis PhD) oleh Hamidun Bin Mohamad Husin pada 2014.

[Ajaran al-Qur'an yang Menolak Hadis oleh Abd. Manan Harun]3

Ajaran al-quran yang menolak hadis oleh Abdul Manan bin Harun

Bertarikh pada 24hb April 1988. [JAWI/A/145; PN. (PU2) 197/II.]

3 Abdul Manan Harun merupakan salah seorang daripada mereka yang menggerakkan gerakan antihadis bersama-sama pelopornya Kassim Ahmad, Othman Ali dan Idris Abdul Rahman. Mereka mula mengembangkan fahaman ini sejak tahun 1985 dan cuba menarik perhatian umat Islam dengan mengemukakan teori bahawa ajaran Islam memadai dengan hanya berpandukan al-Quran serta kajian saintifik menerusi akal semata-mata. (Lihat Penyelewengan Anti Hadis oleh Haji Harussani Haji Zakaria, hlm. 4.)

Mereka dilihat terkesan dengan pemikiran yang dibawa oleh Dr Rasyad Khalifa, seorang warga Mesir yang menetap di Amerika, yang sangat lantang melaungkan penolakan terhadap hadith dan kebergantungan hanya kepada al-Quran semata. (Lihat Himpunan Fatwa Negeri Melaka (1986-2005), oleh Mohd Ali Haji Zainal, hlm. 29)

Antara contoh penghinaan terhadap peribadi dan kedudukan Baginda Nabi SAW yang dimuatkan dalam penulisan mereka ialah, Abdul Manan Harun dalam suratnya kepada Datuk Abu Hasan Din pada 5 Ogos 1989 menyebut: “Cuba saudara beri maksud, apabila saudara membaca semasa bertahiyyat, betulkah Allah memerintah kita mengucapkan assalamu’alaikum kepada Nabi semasa Allah memerintah kita bersolat dengannya? Agak-agak saudara apabila memberi salam kepada Nabi Muhammad semasa kita bersolat dengan Allah, Nabi boleh membalas balik salam kita atau tidak?” (Lihat Himpunan Fatwa Negeri Melaka (1986-2005), oleh Mohd Ali Haji Zainal, hlm. 29)

DATO’ DR. MOHD. YUSOF BIN HAJI MUHAMMAD NOOR, Pengerusi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1988-9c0731df