Bersentuhan Dengan Orang-Orang Yang Bukan Islam (Lelaki/Perempuan)
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
1/11/1980 06 MEI 1980
BERSENTUHAN DENGAN ORANG-ORANG YANG BUKAN ISLAM (LELAKI/PEREMPUAN)
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-11/1980 yang bersidang pada 06 Mei 1980 telah memutuskan bahawa:
Batal air sembahyang apabila bersentuhan antara lelaki dengan perempuan yang muhrim dengan tiada berlapik sekalipun persentuhan itu antara orang-orang Islam dengan bukan Islam.
Bertarikh 06 Mei 1980 MJKPHSWP Kali Ke-11/1980
TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1980-7a0af9fe
