Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الجنائز

Istiadat Mengiringi Jenazah Orang Islam Dengan Bunyian Muzik

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

1/2/1975 02 OKTOBER 1975

ISTIADAT MENGIRINGI JENAZAH ORANG ISLAM DENGAN BUNYIAN MUZIK

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 2/1975 telah memutuskan bahawa:

Hukumnya adalah haram1, rujukan “TAQALID YAJIBU ANTAZUL MUNKARAT AL- MATIN WAL-MAWALID” cetakan DARUL KUTUB ARABI.

1 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai Pengurusan Pengebumian Jenazah Dalam Kalangan Warga Polis Diraja Malaysia. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa:

1. Anggota polis beragama Islam tidak diharuskan mengusung jenazah anggota polis bukan Islam sewaktu istiadat/upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak yang memerlukan dia melakukannya. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat keperluan mendesak maka ia diharuskan dengan syarat tidak terlibat dalam sebarang upacara keagamaan.

2. Jenazah anggota polis beragama Islam tidak harus diusung oleh anggota polis bukan Islam sewaktu istiadat/upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak kerana orang Islam hendaklah diutamakan dalam urusan berkaitan agama Islam dan tujuan mengiringi jenazah adalah sebagai syafaat kepada jenazah.

3. Anggota polis beragama Islam adalah dilarang terlibat tanpa sebarang keperluan mendesak dalam pancaragam sewaktu upacara pengkebumian anggota polis bukan beragama Islam.

4. Melepaskan tembakan selepas pengebumian jenazah anggota polis beragama Islam adalah dilarang kerana muzik dan bunyi-bunyian tidak dibenarkan di tanah perkuburan.

MJKPHSWP Kali ke 2/1975

PROF DR MUHAMMAD YUSUF BIN HUSAIN Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

5. Tiupan bugle selepas upacara pengebumian dijalankan adalah dilarang kerana ia termasuk meninggikan suara di tanah perkuburan serta upacara tersebut tiada faedah dari segi syarak.

6. Penggunaan bunyi-bunyian atau muzik adalah dilarang dalam pengurusan jenazah orang Islam samada dalam polis atau sebagainya.

7. Penggunaan pakaian seragam anggota polis yang mengandungi kalimah Allah dan Muhammad kepada mayat anggota polis samada Islam atau bukan Islam adalah dilarang.

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1980-3ef8ce3c