Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

AL-KAFI #380 : BILAL TERUS IQAMAT SELEPAS AZAN

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Apa hukum bilal adzan dan terus qomat sebab tidak ada seorang pun yang buat solat sunat sebelum solat fardu.

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Boleh, cuma yang aula ialah bilal itu sendiri yang melakukan solat sunnah qabliah yang digalakkan, atau memberikan sedikit masa itu demikian itu, kerana Abdullah bin Mughaffal al-Muzani RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ، بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ، ثُمَّ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ: لِمَنْ شَاءَ

Maksudnya: “Di antara setiap dua azan (yakni azan dan iqamah) itu terdapat solat. Di antara setiap dua azan itu terdapat solat.” Kemudian baginda menyebut pada kali ketiga: “bagi siapa yang ingin melaksanakannya (menunjukkan hal itu sunat).”

Hadis riwayat Imam Bukhari (627) dan Imam Muslim (838).

Wallahua’lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1213