AL-KAFI #375 : PERBEZAAN MASUK WAKTU SOLAT FARDU ASAR
Soalan: Assalamualaikum Dr.
Mohon Pencerahan
Pejabat saya terletak betul-betul menghadap Masjid India Kuala Lumpur. Saya perasan selama bekerja di sini, Masjid India tersebut azan Asar selalunya pada pukul 5.15 atau 5.30. Saya ada terbaca bahawa ianya salah satu daripada amalan mazhab Maliki. Mohon pencerahan Dr berkenaan perkara ini kenapa ye azan tersebut dilewatkan?
Jazakumullahu Khairan Kathira.
Jawapan: Waalaikumussalam wbt,
Bukan mazhab Imam Malik tetapi mazhab Imam Abu Hanifah. Ini kerana Hanafiyyah berpegang bahawa solat asar bermula apabila bayang-bayang suatu objek panjangnya dua kali objek asal, sedangkan Jumhur berpendapat apabila bayang-bayang panjangnya sama dengan objek asal dan lebih sedikit.
Walahua’lam
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1226
