Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الجنائز

AL-KAFI #350 : HUKUM MEMBINA KEPOK KUBUR

Soalan: Assalamualaikum ustaz,sy ada pertanyaan berkenaan bolehkah didirikan binaan seperti kepok di kubur seseorang macam yang banyak berlaku dikubur2 org islam dimalaysia sekarang?

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Perkara ini khilaf dalam kalangan ulama. Tujuan asasnya adalah supaya tanah tidak roboh, bagi membezakan antara tanah kubur dan bukan, agar tidak dipijak dan menjadi jalan. Jika binaannya rendah dan tidak menunjukkan kepada pembaziran, tetapi sekadar membuat orang mengenali kubur tertentu di samping menjaga kebersihannya, maka kami cenderung hukumnya ialah harus. Kami berpendapat bahawa binaan kepok di kubur yang berlebih-lebihan adalah tidak dibenarkan bahkan bercanggah dengan sifat Islam yang sebenar. Seorang pujangga menyebut

أبى أهل القُصور إِذا أُميتوا ... بَنَوْا فوق المقابر بالصخور

أبو إِلاّ مباهاةً وفخراً ... على الفقراء حتى في القبور

Engganlah golongan yang mewah apabila mati

Membina atas kubur itu batu-bata

Kecuali untuk bermegah-megah dan menunjuk

Kepada orang yang fakir walaupun di dalam kubur. [1]

[1] Safwat al-Tafasir, 3/571

Wallahua’lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1302