Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

AL-KAFI #331 : HUKUM MENYIMPAN JAMBANG

Soalan: Assalmualaikum,ustaz Ana nak tanya mengenai jambang...ada tak hadis Rasulullah menyimpan jambang? Ana kurang jelas mengenai perbezaan janggut dan jambang..mohon pencerahan daripada pihak ustaz.

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Di dalam kitab Syamail al-Muhammadiyyah himpunan al-Imam al-Tirmidzi Rahimahullah ada menyebut sifat janggut Rasulullah SAW:

كَثُّ اللِّحْيَةِ

Maksudnya: Tebal janggutnya.

Dalam riwayat al-Imam Muslim Rahimahullah :

كَثِيرَ شَعْرِ اللِّحْيَةِ

Maksudnya: Lebat bulu janggutnya

Berkata Syeikh Ibn Sidah: ‘Lihyah’ itu suatu nama yang merangkumi jenis bulu yang tumbuh atas kedua-dua pipi dan dagu.

Rujuk Lisan al-Arab (15/243)

Dengan itu difahami bahawa arahan untuk memelihara dan menjaga janggut itu termasuklah jambang sekali. Daripada Ibnu Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ، وَأَوْفُوا اللِّحَى

Maksudnya: Selisihilah orang-orang musyrik. Pendekkanlah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut.

Hadis riwayat Imam Muslim (259)

Wallahua’lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1343