AL-KAFI #330 : FARAID BAGI NENEK SEBELAH IBU
Soalan: Assalamu'alaikum...sedikit kemusykilan bab faraid... Seorang perempuan meninggal dunia meninggalkan waris berikut: Suami, 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan, seorang ayah. Ibu telah meninggal dahulu tapi nenek ( ibu kpd ibu) masih ada... Soalan: Nenek ni dapat tak pusaka? ganti ibu ke? Kalau dapat, berapa kadarnya? Moga dapat maklumbalas.
Jawapan: Waalaikumussalam wbt,
Berikut ialah kiraan faraid setelah ditahqiq:
1. Suami = 3/12 (Asalnya ialah ¼ kerana si mati mempunyai anak)
2. Anak lelaki pertama = 2/12 (Dua kali ganda bahagian anak perempuan)
3. Anak lelaki kedua = 2/12 (Dua kali ganda bahagian anak perempuan)
4. Anak perempuan = 1/12 (Separuh daripada bahagian anak lelaki)
5. Nenek sebelah ibu = 2/12 (Asalnya ialah 1/6 kerana si mati telah kematian ibu tetapi mempunyai nenek sebelah ibu).
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, (4:11-12).
Sebaiknya perkara ini dirujuk kepada pihak Mahkmah Rendah Syariah bagi tujuan mendapatkan Sijil Faraid yang lebih berautoriti.
Wallahua’lam.
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1348
