‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الزكاة والصدقات
AL-KAFI #392 : STATUS PERWARISAN DUIT ZAKAT YANG DIBERIKAN KEPADA ASNAF
Soalan: Assalamualaikum ustaz..Apakah hukum jika kita mengunakan wang hasil pemberian zakat arwah ibu untuk digunakan sebagai perbelanjaan diri, adakah ia di kira sebagai harta dari wang si mati.t.ksih..
Jawapan: Waalaikumussalam wbt,
Kami memahami bahawa duit berkenaan ialah duit agihan zakat dan ibu penanya ialah asnaf. Justeru memandangkan duit berkenaan ialah milikan ibu sebelum beliau meninggal, maka ia jadi harta pusaka untuk diwarisi.
Wallahua'lam.
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1361
