Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾المعاملات المالية

AL-KAFI #254: HUKUM MENJUAL BARANG TIRUAN

Soalan: Assalamualaikum nak bertanya bolehkah jual barang tiruan? Kualitinya sama tetapi jenama tiruan.

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Jika suatu barang itu dipatenkan dan dimiliki hak ciptanya oleh seseorang, maka hendaklah diminta izin daripadanya terlebih dahulu, jika tidak, maka boleh membawa kepada kezaliman mengambil hak orang lain.

Sebaiknya, barang-barang yang dijual tidak diletakkan jenama atau logo yang membuat orang salah faham dan penipuan ia menyerupai produk lain yang memiliki perlindungan hak cipta dan paten.

Aktiviti menjual barang tiruan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).

Wallahua’lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1367