AL-KAFI #323 : MEMBACA DAN MENDENGAR GOSSIP
Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti, saya ingin bertanyakan soalan. Adakah sama dosanya kita membaca gosip dengan mendengar org mengumpat. adakah dikira bersubahat dan pahala kita diambil org yg digosipkan itu? bagaimana jika tak disengajakan membacanya.?
Jawapan: Waalaikumussalam wbt,
Berkenaan dosa sama atau tidak, kami tidak mengetahuinya tetapi sebarang bentuk umpatan, fitnah, gosip dan seumpamanya yang boleh melukakan maruah orang lain adalah diharamkan. Juga membantu dan menyebarkan maklumat tidak betul tanpa tabayyun adalah termasuk dalam kesalahan dan dikira berdosa. Justeru, marilah kita hidup berpedoman nas ilahi agar jauh daripada perbuatan-perbuatan tersebut.
Wallahua’lam.
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1371
