Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

AL-KAFI #322 : MENGGUNAKAN ELEKTRIK DI JABATAN KERAJAAN ATAS TUJUAN PERIBADI

Soalan: salam..

Dr/ ustaz sy ada 1 soalan dan mohon pandangan serta hukum dari Dr/ ustaz. Saya bekerja di sektor kerajaan dari 8 pagi hingga 5 petang. Sy ada anak kecil yg masih menyusu badan.. oleh itu, sy ingin menggunakan tenaga elektrik di opis untuk menge"pam" susu.. soalan sy, boleh x sy menggunakan tenaga elektrik di opis utk tujuan menge"pam" susu.. bgmana pula kalo kita menggunakan peti ais, charger telepon dll pengunaan elektrik di opis.. boleh @ tidak ye.. tqvm Dr/ ustaz atas kesudian menjawab soalan sy..

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Saya dalam isu ini cenderung kepada tidak dibolehkan kerana ia bersifat peribadi. Walaupun begitu, jika digunakan dengan skala yang kecil dan pada bukan pada waktu bekerja seperti waktu rehat maka dibolehkan. Mintalah keizinan daripada pihak ketua.

Kami juga mengesyorkan, jika terpaksa dilakukan juga, agar diperuntukkan sedikit wang untuk diberikan kepada maslahah awam. Keduanya, gantikanlah dengan kita bekerja lebih masa sebagai timbal balas apa yang telah kita lakukan.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Wallahua’lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1373