Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصيام

hukum membayar fidyah orang lain

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti,

Adakah perlu masyarakat sekeliling di sesebuah kampung membayarkan fidyah untuk si mati yang tinggal di kampung berkenaan kerana diketahui bahawa si mati adalah orang yang miskin dan tidak ketahui dan tidak diambil peduli oleh masyarakat.

Terima kasih.

Jawapan: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Tidak perlu kerana keahlian untuk membayar fidyah hanyalah ke atas wali atau kaum kerabatnya daripada harta peninggalan si mati sendiri. Sebaiknya masyarakat setempat mendoakan rahmat dan keampunan Allah ke atas si mati. Wallahua`lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1625