Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الأخلاق والآداب

UPACARA MENYUAP KISMIS

Soalan: Assalamualaikum Ustaz,

Saya nak tanya di sekolah saya. Dalam majlis restu ilmu, ada satu slot ibu bapa akan menyuap kismis ke mulut anak anak. Kemudian timbul isu bahawa amalan itu menyerupai amalan agama Kristian. Apakah benar ada amalan ini dalam agama kristian dan apakah hukumnya?

Jawapan: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Amalan ini tidak khusus melambangkan agama Kristian. Hukum asalnya ialah harus dan bergantung kepada niat.

Wallahuaʿlam

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1676