jamak dan qasar ketika melancong
Soalan: Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya berkenaan solat qasar & jamak. Saya ingin melancong ke luar negara. Soalan saya, walaupun perjalanan saya melebihi 3 hari, bolehkah saya melakukan solat qasar dan jamak memandangkan saya tidak berada pada satu-satu tempat yangg sama pada setiap hari dan kemudahan untuk solat juga sukar didapati terutama untuk Muslimah. Hanya tempat bermalam sahaja yang kekal di satu tempat. Mohon pencerahan daripada ustaz. Syukran jazilan
Terima kasih.
Jawapan: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Dalam kes ini, tempat bermalam penanya itu dikira sebagai tempat bermukim, maka penanya perlu solat secara tamam (sempurna, bukan qasar) ketika berada di situ. Tetapi, sekiranya penanya bergerak ke tempat lain, dan perjalanan kedua itu mencapai dua marhalah, maka perjalanan ke destinasi tersebut dikira permusafiran yang baru dan dibenarkan qasar dan jama’ dalam perjalanan tersebut.
Wallahuaʿlam
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1682
