Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

Bilakah waktu sesuai untuk qada solat?

Soalan: Assalamualaikum dato mufti,

Saya ingin bertanya, macam mana cara nak qadakan solat fardu subuh? Masa bilakah digalakkan untuk membuat qada solat fardu subuh?

Mohon penjelasan, terima kasih.

Jawapan: Waalaikumussalam wbt, Qada bagi solat fardu yang telah luput boleh dilakukan pada bila-bila waktu. Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ

Maksudnya: Barangsiapa yang terlupa menunaikan solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila teringat, tiada kaffarah baginya melainkan demikian itu.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Wallahu`lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1693