‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة
HUKUM MENGAJUK DAN MEMPERLEKEH HADIS NABI SAW
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 111 (7 SEPTEMBER 2015 / BERSAMAAN 24 ZULKAEDAH 1436H)
Kitab Bustān al-ʿĀrifīn. Kredit: suble-alrashideen.com
Assalamualaikum Ustaz. Saya ada kemusyilan berkenaan apa hukum jika ada orang islam mengajuk atau mengejek hadis Nabi?
JAWAPAN
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Haram dan berdosa besar pelakunya. Dan boleh membawa pelakunya kepada kufur.
Sebagai seorang Islam wajib kita memuliakan Rasulullah SAW dan mempertahankan sunnahnya.
Sila rujuk kepada kitab Bustān al-ʿĀrifīn karangan Imam Muhyiddīn al-Nawawī pada menyatakan mempertahankan Sunnah Nabi SAW.
Wallahuaʿlam
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1710
