Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾المعاملات المالية

dividen dan bonus bank yang mengamalkan riba

Soalan: Assalamualaikum Ustaz,

Bolehkah duit dividen/bonus bank yang mengamalkan muamalat riba ibu saya berikan kepada anak-anaknya dan suaminya. Apa yang saya tahu boleh jika kami bukan tanggungan si pemberi kerana anak-anaknya sudah bekerja.

Terima kasih

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Kami syorkan agar wang yang diperolehi daripada sumber yang haram digunakan bagi maslahah awam bagi orang Islam. Contohnya, membaiki infrastruktur seperti tandas yang rosak di masjid, pintu-pintu madrasah dan surau, dan menurap jalan-jalan berlubang.

Wallahua`lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1738