Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

hukum meninggalkan solat jumaat sekali sekala

Soalan: Asssalamualaikum wbt,

Saya ada soalan. Kalau seorang lelaki dewasa dengan sengaja meninggalkan solat Jumaat ( sekali sekala ) tetapi diganti dgn solat zohor, apa hukumnya?

Terima kasih.

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Hukum meninggalkan solat Jumaat adalah haram jika tanpa uzur syarie kerana hukum menunanaikannya ialah fardu ain, melainkan kepada perempuan dan kanak-kanak. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Surah al-Jumu`ah, 62:9)

Wallahua`lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1742