Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Hukum memasang aplikasi al-Quran dalam telefon bimbit

Soalan: Assalamualaikum ustaz..Apakah hukum meletakkan aplikasi Al Quran dalam handset.Mohon penyerahan ustaz.

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Terdapat dua keadaan dalam hal ini:

Aplikasi al-Quran yang menyediakan paparan ayat dan boleh didengar bacaan qari. Ini baik dan suatu bentuk kemudahan bagi kita untuk mendekatkan diri dengan al-Quran.

Ayat al-Quran dijadikan nada dering (ringtone) dan nada dering pemanggil (caller ringtone). Kami cenderung bahawa aplikasi jenis ini tidak dibenarkan.

Ini kerana bacaan al-Quran akan jadi tergantung dan tidak sempurna. Selain itu, ada kemungkinan bahawa nada dering itu akan berbunyi di tandas dan ini apabila berlaku merupakan satu bentuk penghinaan terhadap al-Quran. Al-Quran sifatnya ialah dibaca, diambil pengajaran dan peringatan, dan bukan tujuannya untuk menjadi pengingat panggilan orang. Semoga kita digolongkan Allah dalam kalangan mereka yang menghormati al-Quran.

Wallahua`lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1750