Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الأخلاق والآداب

membaca al-Quran untuk saudara mara

Soalan: Asalamualaikum ustaz. Saya ingin tahu apakah hukum membaca al Quran untuk saudara, ibu bapa dan adik beradik dan sebagainya. Ada kah amalan diterima oleh Allah SWT?

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Hukumnya terbahagi kepada dua;

Pertama: Membaca al-Quran untuk orang masih hidup. Kami cenderung bahawa hukumnya tidak dibolehkan, sebaliknya amalan itu dilakukan sendiri oleh orang berkenaan. Firman Allah Taala:

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya

(Surah al-Najm, 53:39)

Firman Allah Taala:

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

Maksudnya: Bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

(Surah al-Muzammil, 73:4)

Pengecualian ialah bagi kes ruqyah syar’iyyah, yakni membaca al-Quran bagi tujuan rawatan dalam kaedah ruqyah adalah dibolehkan berdasarkan nas yang sahih.

Kedua: Membaca al-Quran bagi orang yang sudah meninggal dunia. Terdapat khilaf dalam kalangan ulama tentang sampaikah pahala bacaan al-Quran kepada orang mati. Kami cenderung kepada pendapat yang mengatakan boleh sampai berdasarkan pendapat sebahagian ulama Syafieyyah antaranya Imam Nawawi Rahimahullah dan lain-lain.

Wallahua`lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1762