Hukum Hak Cipta: Mencetak balik CD Ceramah
Soalan: Assalamualaikum ustaz, apakah hukum sekiranya saya membeli CD ceramah, kemudian saya copy/burn/ cd tu, atas tujuan nak bagi pada kawan untuk share ilmu agama, adakah salah dan berdosa tindakan sedemikian? mohon pencerahan.
Jawapan: Waalaikumussalam wbt,
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, hak cipta bererti:
“hak penguasaan yang dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll).”
Hukum hak cipta di sini boleh dibahagikan kepada dua keadaan:
Pertama: Dilihat kepada keadaan penceramah dan penganjur, jika mereka tidak kisah dan aktiviti ceramah itu hanya kerana ilmu, maka dibenarkan mengulang cetak untuk perkongsian.
Kedua: Jika pihak penganjur dan penceramah meletakkan bayaran tertentu untuk hadir, bagi tujuan menanggung kos-kos ceramah, maka tidak dibenarkan ulang cetak tanpa keizinan kerana seolah-olah mengambil hak orang lain tanpa izin.
Wallahua`lam.
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1764
