Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

Bolehkah solat Duha empat rakaat satu salam?

Soalan: Assalamualaikum wbt,

Mohon penerangan yang berbahagia Datuk berkenaan solat Duha, bolehkah solat 4 rakaat terus atau 2 rakaat diikuti salam dan solat 2 rakaat lagi?

Terima kasih

Jawapan: Waalaikumussalam wbt, Sunat hukumnya dilakukan solat sunat Duha secara dua rakaat satu salam, tetapi jika dilakukan dengan empat rakaat satu salam itu harus hukumnya. Rujuk I`anah al-Talibin (1/294).

Walaupun begitu, kami berpendapat agar dilaksanakan solat dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat atau lebih kerana demikian lebih dekat dengan nas. Daripada Ummu Hani R.anha:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ كَانَ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW bersolat duha lapan rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat.

Hadis riwayat Abu Daud, al-Tabarani, Ibn Khuzaimah, dan al-Baihaqi.

Wallahua`lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1780