Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة٠ مشاهدة

IRSYAD HUKUM KE-72: JENIS KHILAF DAN SEBABNYA

الجواب

Soalan: Berapakah jenis khilaf dan apakah sebabnya?

Jawapan: Terdapat dua jenis khilaf iaitu:

Pertama: Khilaf Maqbul (yang diterima) seperti jenis-jenis haji dan beberapa masalah yang lain.

Kedua: Khilaf Mazmum (yang dikeji). Antara puncanya ialah:

Kejahilan

Kezaliman dan melampau

Mengikut hawa nafsu dan zan

Mukhalafah Manhaj Nabawi (bercanggah dengan manhaj Nabi)

Khilaf yang harus dan boleh diterima. Ini berdasarkan kepada beberapa syarat

Hendaklah yang berkhilaf itu di kalangan ahli fiqh dan cerdik dalam agama

Dalam perkara-perkara cabang dan bukan qat’ie

Bermatlamatkan mencari kebenaran

Berkorban dan berusaha sedaya upaya dalam mencari kebenaran (ijtihad)

Sebab-sebab Berlakunya Khilaf

Perbezaan fahaman dan akalan serta kemampuan dalam mendapatkan ilmu.

Perbezaan dalam penguasaan ilmu

Perbezaan dalam penguasaan bahasa Arab

Khilaf dalam masalah berhujah dengan sumber-sumber fiqh

Khilaf pada syarat-syarat yang sepatutnya wujud pada hadis sahih

Khilaf pada kaedah-kaedah usuliyah seperti:

Menentukan makna lafaz musytarak (lafaz yang berkongsi banyak makna)

Menentukan suruhan wajib atau sunat

Menentukan larangan atas haram atau makruh

Menentukan mutlaq di atas muqayyad

Menentukan lafaz atas haqiqat (sebenar) atau majaz (kiasan)

Menentukan umum al-Quran dan sunnah mutawatirah atas nas dengan khabar ahad

Menentukan umum sesuatu percakapan

Menentukan dalalah nas atas fahqa al-khitab

Menentukan kembali pengecualian selepas ayat, adakah kembali semuanya atau yang akhir sahaja

Menentukan dalalah nas pada mafhum mukhalafah

Khilaf pada qiraat dalam al-Quran

Khilaf dengan sebab bertentangan dalil-dalil

Guru kami Fadilatu al-Syeikh Dr. Mustafa Said al-Khin melalui bukunya yang bertajuk Athar al-Ikhtilaf fi al-Qawa’id al-Usuliyyah fi Ikhtilaf al-Fuqaha telah menjelaskan panjang lebar berhubung isu ini.

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

02 Zulkaedah 1436H bersamaan 17 Ogos 2015

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم irsyad-1914

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص