Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة٠ مشاهدة

IRSYAD HUKUM KE-81: HUKUM MENEPUK BAHU KEPADA SESEORANG DENGAN TUJUAN BERIMAM DENGANNYA

الجواب

Soalan: Apakah hukum menepuk bahu kepada seseorang dengan tujuan berimam dengannya?

Jawapan: Saya lebih cenderung kepada tidak perlu kita menepuk bahu sebagai isyarat untuk kita berimam dengannya tetapi memadai dengan niat untuk mengikutinya. Dalam hal ini, jika seseorang yang solat sunat, kemudian ada orang menepuk bahunya untuk menjadikan dia imam, dia hanya perlu teruskan solatnya dan tidak disyaratkan dia berniat menjadi imam. Lihat Mughni al-Muhtaj oleh al-Syarbini al-Khatib (1/503). Justeru, boleh mengikut imam kepada seseorang tanpa perlu menepuk bahunya.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohd al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

09 Zulkaedah 1436H bersamaan 24 Ogos 2015

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم irsyad-1923

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص