Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الزكاة والصدقات٠ مشاهدة

HUKUM ZAKAT FITRAH KE ATAS BANDUAN

الجواب

SOALAN 62 (23 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 10/07/2015)

Apakah hukum zakat fitrah ke atas banduan?

JAWAPAN

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa 2003 berkenaan Zakat Fitrah ke atas Orang Tahanan dan Banduan Islam di Istitusi penjara:

Hukumnya wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم irsyad-1931

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص