Memasang Papan Tanda Di Tepi Jalan Raya Dengan Kalimah-Kalimah Suci
Soalan: Dengan hormat dan takzim sukacita dimaklumkan bahawa pada beberapa tahun yang lalu, hasil daripada usaha pihak yang berkuasa Daerah Belait telah memasang papan tanda ‘Subhanallah’ dan ‘Allahu Akbar’ di kawasan-kawasan yang selalu terjadi kemalangan yang mengakibatkan kematian dan kecederaan parah. Pemasangan papan tanda ini bertujuan bagi mengingatkan pemandu-pemandu yang beragama Islam untuk sentiasa mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan sekaligus supaya mereka berwaspada dan berhati-hati apabila melihat kalimah ini terutama sekali di tempat-tempat yang selalu terjadi kemalangan.
Alhamdulillah usaha di atas memberi kesan yang positif ke arah mengurangkan kemalangan jalan raya di kawasan-kawasan yang dipasang dengan papan tanda ini. Namun, masih terdapat sebilangan kecil pemandu dan orang ramai yang ragu tentang pemasangan/penggunaan papan tanda ini yang berpendapat bahawa kalimah-kalimah suci ini tidak sesuai (bukan tempatnya) di pasang di tepi jalan raya walaupun kebanyakan daripada pengguna jalan raya berpandangan positif mengenai dengan perkara ini.
Jawapan: Menurut penanya, Alhamdulillah usaha memasang tanda َ سُبْحَانّهللا dan َُْْب هللا ُ أَك telah memberi kesan yang positif ke arah mengurangkan kemalangan jalan raya di kawasan-kawasan yang dipasang dengan papan tanda itu.
Janji Allah Dan RasulNya Terhadap Orang Berzikir
Mengucapkan kalimah-kalimah seperti ّ سُبْحَان َ هللاّ، احلَمْد ُ لّلَـه dan َُْْب هللا ُ اَك itu adalah zikir. Zikir itu mempunyai fadhilah atau kelebihan dan keutamaannya yang tersendiri sebagaimana perkara ini disebut oleh Allah, firmanNya:
Tafsirnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullâh. Ketahuilah dengan dzikrullâh itu, tenang tenteramlah hati manusia..” (Surah Ar-Ra‘d: 28)
Apabila berkurangan kemalangan di tempat-tempat yang dipasang dengan tanda kalimah-kalimah suci, di mana pemandu-pemandu kemungkinan berzikir dengan kalimah-kalimah tersebut, maka itu tandanya kebenaran janji Allah tentang kelebihan berzikir itu.
Kesan positif kepada orang yang mengingati Allah di antaranya sebagaimana firmanNya:
(i) Mententeramkan jiwa dan merasa redha terhadap Allah. FirmanNya:
Tafsirnya: “Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah siang; supaya engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan).” (Surah Thaha: 130)
(ii) Orang-orang yang berzikir akan beroleh ganjaran dan keampunan Allah.
Tafsirnya: “Dan orang-orang lelaki serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Al-Ahzâb: 35)
(iii) Berzikir boleh membawa untung. Firman Allah:
Tafsirnya: “Dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Anfâl: 45)
Oleh kerana itulah kita disuruh sentiasa berzikir dalam semua keadaan dan tempat, firman Allah:
Tafsirnya: “Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepada kamu (Aku melimpahkan rahmat dan keampunanKu kepadamu).” (Surah Al-Baqarah: 152)
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbîhlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.” (Surah Al-Ahzâb: 41-42)
Tafsirnya: “Maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring” (Surah An-Nisâ’: 103)
Tafsirnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring.” (Surah Ali ‘Imran: 191)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sangat suka orang-orang berzikir:
Maksudnya: “Tiada pernah anak Adam mengamalkan suatu amalan yang lebih selamat baginya daripada seksa Allah selain berzikir kepada Allah.” (Hadis riwayat Ahmad)
Maksudnya: “Aku menurut sangkaan hambaKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingat Aku dalam dirinya maka Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Dan apabila dia mengingat Aku dalam keramaian maka Aku akan mengingatnya dalam keramaian pula yang lebih baik daripada itu. Apabila dia mendekati Aku sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka akan Aku sambut dia dengan berlari-lari kecil” (Hadis Qudsi)
Adapun kesan negatif orang-orang yang tidak berzikir pula sebagaimana firman Allah:
Tafsirnya: “Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah.” (Surah Al-Mujâdâlah: 19)
Harus Memasang Papan Tanda Di Tepi Jalan Dengan Kalimah Suci Oleh kerana tujuan memasang tanda itu ialah mengingatkan pemandu-pemandu supaya sentiasa mengingati Allah serta berwaspada ketika memandu dan usaha tersebut memberi kesan yang positif ke arah mengurangkan kemalangan di jalan raya iaitu di kawasan-kawasan yang dipasang tanda itu, sebagaimana perkara ini dinyatakan oleh penanya, maka memang elok pemasangan itu dikekalkan atau dipasang lagi di tempat-tempat lain yang sesuai. Pemasangan itu hendaklah mengambil kira tentang kehormatan kalimah-kalimah suci itu daripada tercemar dengan apa juga yang boleh menjejaskan kehormatannya seperti terdedah kepada najis burung, terbiar dengan debu-debu atau jangan papan tanda itu ditulis dengan kalimah-kalimah suci pada kayu atau asas tiang yang tidak kukuh sehingga mudah tumbang dan sebagainya. Setelah dipasang, ianya memerlukan pengawasan dan pemeliharaan supaya tidak tercemar, seperti oleh benda-benda yang disebutkan di atas. Jika ini dapat dilakukan, maka harus pihak-pihak berkenaan itu memasang tanda dengan menuliskan kalimah-kalimah suci itu untuk mengambil berkatnya. Bagi mengelakkan sebarang kesilapan sebutan atau bacaan, kalimah-kalimah suci itu hendaklah ditulis dengan jelas berserta dengan baris-barisnya sekali.
Keharusan ini boleh dikaitkan dengan amalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Baginda dilantik sebagai Rasul, di mana Baginda memperkenalkan Islam kepada orang-orang Arab atau bukan Arab serta mengajak mereka menganutnya, ialah dengan mengirimkan surat kepada raja-raja dan surat-surat itu ada yang mengandungi kalimah-kalimah seperti ّ بّسْمّهللاّالرَمحَْنّالرَحّيم dan ayat Al-Qur’an:
Tafsirnya: “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” (Surah Ali ‘Imran: 64)
Kalimat basmalah dan ayat ini terdapat di dalam surat yang dikirimkan Baginda kepada Hiraqlius, Al-Maquqas dan lain-lain lagi. (Ibn Katsir, An-Nihâyah wa Al- Bidâyah 4/302, dan Ibn Sayyid An-Nas, ‘Uyûn Al-Atsar 2/331)
Dengan menerusi surat itu telah tercapai mesej atau perutusan Baginda, iaitu memperkenalkan Islam dan mengajak sesiapa juga yang bukan Islam agar menerima Islam dan memeluknya.
Beramal Dengan Ayat-Ayat, Wirid-Wirid Dan Doa-Doa Pelindung
Sebagai irsyâd dan pimpinan sahaja, elok setiap orang Islam, khasnya pemandu kereta berbekalkan amalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sewaktu keluar rumah, ketika menaiki kenderaan dan lain-lain amalan yang berkaitan dengan perlindungan diri daripada sebarang bahaya. Amalan-amalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam perkara ini di antara lain adalah seperti berikut:
i) Untuk meminta perlindungan Allah Ta‘ala daripada sebarang bahaya, dan juga daripada kejahatan sama ada daripada manusia, jin dan syaitan pada setiap keadaan maka bacalah surah-surah dan wirid serta doa-doa berikut:
(3 kali)
(3 kali)
(3 kali)
kali)
ii) Sebelum keluar rumah membaca: a) Ayat Kursi. b) Surah Quraisy: c) Doa ketika keluar rumah: iii) Ketika menaiki kenderaan:
Jika sewaktu dalam perjalanan, menemui hujan, guruh, angin dan kilat, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan kita membaca: a) Ketika turun hujan, membaca:
b) Ketika mendengar petir, membaca:
c) Ketika mendengar guruh dan petir, membaca:
d) Semasa angin bertiup kencang, membaca:
Dan
Untuk sampai kepada matlamat atau objektif bacaan-bacaan perlindungan di atas, maka bolehlah melalui berbagai-bagai cara seperti disampaikan kepada orang-orang Islam yang hendak mengambil lesen memandu, diberikan ketika membaharui lesen kereta secara percuma atau dibayar (tertakluk kepada peraturan kewangan) atau lain-lain cara yang difikirkan munasabah, mudah-mudahan dengan beramal dengan ayat-ayat, wirid dan doa-doa tersebut semua kita mendapat berkatnya.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-8366
