Najiskah Menyentuh Tangan Orang Kafir?
Soalan: Adakah tangan orang-orang kafir najis disebabkan mereka memakan daging babi dan bagaimana kalau kita bersentuhan dengan mereka?
Jawapan: Najis itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu najis mukhaffafah, najis mutawassithah dan najis mughallazhah. Adapun babi termasuk dalam najis mughallazhah. Cara menghilangkan najis mughallazhah itu hendaklah dicuci tempat yang terkena najis itu dengan air sebanyak tujuh kali, salah satunya ialah air yang bercampur tanah.
Mengenai dengan soalan tangan orang kafir yang menyentuh daging babi itu, tetaplah ia najis secara hukmi sehinggalah ia dicuci seperti di atas.
Namun jika tangan orang kafir itu bersih daripada darah atau apa-apa jua daripada babi, atau tidak nampak kesan najis babi itu sekalipun tidak dicuci seperti di atas, maka apa-apa yang disentuh oleh orang kafir itu tidaklah menjadikannya najis.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-8611
