Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳النكاح والطلاق

Pembahagian Harta Pusaka Kepada Isteri, Dua Anak Lelaki Dan Dua Anak Perempuan

Soalan: Pertanyaan mengenai pembahagian harta pusaka mengikut farâ’idh. Bapa mertua kaola meninggal dunia pada 31/3/01 yang lalu meninggalkan ibu mertua, 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Jadinya, Allahyarham ada meninggalkan wang tunai berjumlah lebih kurang RM200 ribu. Bagaimanakah kaedah pembahagiannya? Jika boleh, dapatlah kiranya Pehin menjelaskannya dalam bentuk jadual agar mudah kaola memahaminya dan dapat memberi penerangan kepada yang terlibat (ibu mertua, kakak ipar dan adik ipar).

Jawapan: Harta pusaka peninggalan si mati setelah ianya bersih daripada hak yang wajib diutamakan untuk ditunaikan atau diagihkan menurut syariat Islam iaitu seperti hutang si mati dan wasiat yang tidak lebih daripada 1/3 daripada harta pusaka tersebut, maka baharulah dibahagikan kepada pewaris-pewaris yang berhak menerimanya menurut kaedah ilmu farâ’idh.

Sebagaimana yang ditanya, si mati telah meninggalkan târikah berupa wang sebanyak $200,000.00 untuk diwarisi oleh isterinya, dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Pembahagiannya menurut farâ’idh, si isteri (ibu mertua) berhak menerima 1/8 kerana terdapat anak di kalangan pewaris pusaka itu. Sementara anak-anak akan menerima baki daripada harta pusaka tersebut setelah si isteri mengambil haknya.

Hak bagi seorang anak lelaki adalah nisbahnya kepada dua orang anak perempuan. Misalnya seorang anak perempuan mendapat satu bahagian, manakala anak lelaki akan mendapat dua bahagian sebagaimana firman Allah:

Tafsirnya: “Bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.” (Surah an-Nisâ’: 11) Jadual pembahagian masalah di atas adalah seperti berikut:

Isteri 1/8

8 48 1 6 Anak lelaki baki 7

Anak lelaki 14 Anak perempuan 7 Anak perempuan 7 Jalan penyelesaian masalah pembahagian harta pusaka tersebut adalah seperti berikut: Nilai setiap satu bahagian: $200,000.00 = $4,166.666666

Bahagian yang diperolehi oleh para waris: 1. Isteri 6 x 4,166.666666 = $25,000.00

2. Anak lelaki 14 x 4,166.666666 = $58,333.35

3. Anak lelaki 14 x 4,166.666666 = $58,333.35 4. Anak perempuan 7 x 4,166.666666 = $29,166.70

5. Anak perempuan 7 x 4,166.666666 = $29,166.70

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-8619