Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الزكاة والصدقات

Baki Kutipan Derma

Soalan: Dengan hormat sukacita merujuk perkara baki kutipan derma Istiadat Berkhatan Duli Yang

Billah yang mana pada masa ini masih terdapat sebanyak $12,000.00 lagi. Adalah difahamkan bahawa baki kutipan bagi satu-satu tujuan tidak boleh digunakan bagi tujuan lain kecuali mendapat izin daripada pendermanya. Sehubungan dengan itu sukacita mendapat pandangan dan nasihat jika penderma berkenaan tidak dapat dihubungi sama ada kerana telah berpencen dan berpindah alamat atau kerana ada penderma yang hanya menggunakan nama “Hamba Allah”.

Sukacita juga mengetahui jika baki kutipan tersebut boleh digunakan, sama ada dalam bentuk tunai atau cek, sebagai pesambah bagi Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang

Billah dengan menyebutkan secara jelas bahawa ia adalah baki kutipan derma sempena Istiadat Berkhatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Jawapan: Derma kerana sesuatu tujuan, umpamannya derma bagi Istiadat Berkhatan Duli Yang

Billah, maka wajib disempurnakan dan disampaikan derma itu kepada tujuannya yang tertentu yang tersebut itu, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ada bersabda yang diriwayatkan oleh ‘Umar Ibnu al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: Sesungguhnya (sahnya) amal perbuatan itu adalah dengan niat dan sesungguhnya tiap-tiap seseorang itu mendapat apa yang telah diniatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Oleh itu setiap derma yang hendak digunakan atau dibelanjakan oleh pemegang amanah derma atau pihak penganjur hendaklah mengikut niat orang yang menderma atau mengikut tujuan derma itu dilakukan. Contohnya seperti jika derma diniatkan atau ditujukan untuk sesuatu perkara yang tertentu seperti majlis tahlil, membaiki masjid, dana biasiswa pelajaran anak-anak yatim atau pembinaan sekolah, maka hendaklah pemegang amanah derma itu menyalurkan derma itu menurut niat orang yang menderma itu.

Daripada Abu Musa Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya seorang penyimpan harta yang Muslim lagi amanah yang melaksanakan (tanggungjawabnya), dan kemungkinan juga Baginda bersabda “memberikan apa yang diperintahkan kepadanya”, maka dia (penyimpan harta) itu melaksanakan dengan sempurna lagi cukup dengan senang hati dan seterusnya menyerahkannya kepada orang yang diperintahkan untuk diberi, (maka) dia (penyimpan harta) itu adalah termasuk juga salah seorang daripada orang-orang yang bersedekah. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

Tetapi jika wang sesuatu derma itu ada berbaki, maka baki wang itu hendaklah disimpan dan dianjakkan wang derma tersebut kepada majlis yang serupa di masa akan datang bagi memelihara niat para penderma atau tujuan derma itu dilakukan.

Jika baki wang derma itu hendak dibelanjakan ke arah perkara yang berlainan dengan niat para penderma atau tujuan derma itu dibuat, maka hendaklah didapatkan persetujuan daripada para penderma terlebih dahulu.

Adapun permasalahan yang diajukan adalah khusus mengenai baki kutipan derma Istiadat Berkhatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Oleh kerana istiadat berkenaan tidak mungkin lagi diadakan di masa akan datang, maka adalah lebih menepati niat para penderma atau tujuan derma dibuat jika wang baki derma tersebut diserahkan kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sama ada dalam bentuk tunai atau cek semata-mata ia baki kutipan derma berkenaan.

Jika baki kutipan derma itu hendak dijadikan pesambah bagi Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al- Muhtadee Billah, maka ia adalah tidak menepati kehendak hukum syara‘, melainkan ada persetujuan terlebih dahulu daripada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah untuk menjadikannya sedemikian, kerana wang itu adalah miliknya (setelah wang itu diserahkan kepadanya) dan tidak timbul lagi perkara menjaga niat para penderma atau tujuan derma dibuat.

Dengan itu, adalah tidak memadai jika baki kutipan tersebut secara terus dijadikan sebagai pesambah bagi Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sekalipun dengan menyebutkan secara jelas bahawa ia adalah baki kutipan derma sempena Istiadat Berkhatan Duli Yang

Billah. Tidaklah pula salah kiranya pihak yang memegang derma itu sambil dia menyembahkan baki wang derma tersebut kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, dia juga berdatang sembah, sebagai nasihat atau cadangannya, bahawa baki wang ini jika ada hasrat Duli Yang Teramat Mulia untuk menyumbangkannya kepada dana anak-anak yatim atau seumpamanya, adalah sangat elok. elok.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-9307