Persoalan Memberi Salam
Dalam struktur masyarakat yang berbilang etnik, bangsa, agama dan bahasa, kita tidak dapat lari daripada menghadapi kenyataan bahawa menghormati keunikan orang lain adalah salah satu jalan untuk kedamaian dan keharmonian hidup bermasyarakat. Dalam Islam salah satu cara untuk mencapai keharmonian dan mengeratkan silaturahim dan persahabatan itu adalah dengan mengucapkan salam atau dengan menghulurkan tangan dan bertanya khabar. Etika ketika berjumpa saudara sesama Islam dengan mengucapkan hai, hello, selamat pagi atau selamat petang, walaupun tidak salah, tetapi bukanlah budaya Islam. Memberi salam itu mempunyai nilai yang tinggi, bukan suatu sikap “low profile” atau “sikap bawahan.” Oleh kerana itu, ia perlu dihidupkan oleh masyarakat kita, benar-benar dipraktik atau dihayati akan keutamaan salam itu!
Pengertian Salam
Salam memang mempunyai maksud serta pengertian yang banyak. Sifat salam itu dengan mengucapkan: As-salamulaikum ِ ْ (السَّالالالَم ُِعَلَالالمْ)ُمatauِ salâmun ‘alaikum ِ ْ (سَالالالَم عَلَالمْ)ُِم. (Ikmâl al-Mu‘allim bi Fawâ’id Muslim Syarh Shahîh Muslim li al-Qhadhi ‘Iyâdh al-Musamma, bâb as-salâm: 40).
Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat daripada dosa-dosa mereka), maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat!” (Surah al-An‘âm: 54)
Dari segi makna, salam itu ialah salah satu nama daripada nama-nama Allah yang Maha Mulia, yang bermaksud Yang Maha Penyelamat dan selamat daripada kekurangan dan kecacatan. (Ikmâl al-Mu‘allim bi Fawâ’id Muslim Syarh Shahîh Muslim li al-Qhadhi ‘Iyâdh al-Musamma, bâb as-salâm: 42)
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: Yang Maha Selamat Sejahtera (daripada segala kekurangan); Yang Melimpahkan keamanan; yang Maha Pengawal serta Pengawas. (Surah al-Hasyr: 23)
Selain itu juga ianya membawa maksud selamat dan kejayaan bagi kamu, seperti firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: Maka (akan dikatakan kepadanya): “Selamat sejahteralah kepadamu, (kerana engkau) daripada puak kanan.” (Surah al-Wâqi‘ah: 91)
Daripada perkataan salam itu, maka terbitlah perkataan “Islam” yang menunjukkan pengertian aman, tenteram, selamat dan sejahtera.
Keutamaan Salam
Salah satu daripada hak sesama Islam adalah menyebarkan salam. Dengan mengucapkan salam itu dapatlah kita mengeratkan lagi tali persaudaraan, mendekatkan yang jauh dan melahirkan rasa kasih sayang. Walaupun ucapan salam itu sangat pendek tetapi isi dan maksudnya adalah doa bagi mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan mereka.
Diriwayatkan daripada al-Barra’ bin ‘Azib Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Maksudnya: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan kepada kami tujuh perkara iaitu: Mengunjungi orang sakit, menghantar jenazah, menjawab tahmîd orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, menyebarluaskan salam dan menepati sumpah. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Oleh itu, kita dituntut untuk memberi salam sesama Islam sama ada kepada orang yang kita kenali atau tidak. Ini menunjukkan betapa manis dan murninya agama Islam itu dalam menghubungkan persaudaraan sesama Islam melalui pengucapan salam, sepertimana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Maksudnya: Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apakah (pelaksanaan ajaran) Islam yang paling baik?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan yang tidak engkau kenali.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Memberi Salam
Dari segi hukum syara‘, mengucapkan salam itu hukumnya sunat mu’akkadah (kitab al-Adzkâr, bâb hukm as-salâm: 244), manakala menjawabnya pula adalah wajib. Ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam al-Qur’an:
Tafsirnya: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah an-Nisâ’: 86)
Hukum memberi salam itu juga adalah sunat kifâyah, jika satu jemaah atau kumpulan hendak memberi salam, cukuplah salah seorang daripada mereka itu mewakili yang lain. Jika sekiranya semua mereka memberi salam, maka itu lebih baik dan afdhal.
Adapun mengenai menjawab salam, jika orang yang diberi salam itu bersendirian maka hukumnya fardhu ‘ain. Ini bererti wajib dia menjawab salam tersebut. Manakala jika mereka terdiri daripada suatu jemaah atau kumpulan, maka jawapan oleh salah seorang daripada mereka itu adalah fardhu kifâyah dan memadai. Ini adalah berdasarkan keterangan daripada Zaid bin Aslam bahawa Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada suatu kaum telah memberi salam maka sudah cukup mewakili mereka. (Hadits riwayat Malik)
Dengan demikian dapatlah diertikan bahawa orang yang tidak mengucapkan salam ketika berjumpa dengan sesama saudara Islam itu adalah dianggap belum memenuhi keperluan menuju ke arah kesempurnaan iman. Ini telah dijelaskan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman, kamu belum beriman (dengan sempurna) sehingga kamu saling sayang-menyayangi. Apakah kamu tidak suka aku tunjukkan akan sesuatu yang apabila kamu kerjakan, pasti kamu akan saling sayang-menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu. (Hadits riwayat Muslim)
Lafaz Memberi Salam
Sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama dalam mazhab asy-Syafi‘e bahawa bentuk lafaz salam yang paling afdhal dan sempurna ialah dengan mengatakan:ُِ ُِِالسَّالالَم
keberkatanNya).(Al-Adzkâr, bâb kaifiyyah as-salâm: 241-242).
Telah menjadi kebiasaan bagi kita mengucapkan salam itu dengan mengatakan
mempunyai nilai pahala yang berbeza-beza seperti yang diterangkan oleh Rasulullahِ Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada ‘Imran bin al- Hushain Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: Seorang lelaki datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu mengucapkan: “ِْ السَّالالالَم ُِعَلَالالمْ)ُم ”, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawabnya, kemudian orang itu duduk, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sepuluh kebaikan”. Kemudian datang lagi seorang yang lain seraya mengucapkan: “ِِ tersebut duduk. Baginda bersabda: “Dua puluh kebaikan”. Kemudian datang pula seorang yang lain, maka dia mengucapkan: “ُِ Bagindaِ menjawabnya, lalu orang tersebut duduk. Baginda bersabda: “Tiga puluh kebaikan.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Adapun mengucapkan salam dengan lafaz as-salâmu ‘alaikum (ِْالسَّالالَم ُِعَلَالمْ)ُم) maka itu sudah memadai. Demikian juga jika diucapkan dengan lafazِ as-salâmu
dikira memberi salamِ Sementara jawapan salam itu sekurang-kurangnya wa‘alaikassalâm (ُِوَعَلَمْالك َِالسَّالالالَم)
tanpa menyebutِِ “wa” atau huruf (و ) maka itupun sudah mencukupi sebagai jawapan salam. (Al-Adzkâr, bâb kaifiyyah as-salâm: 242).
Walau bagaimanapun adalah dianjurkan menjawab salam itu dengan sebaik-baik balasan salam, sebagaimana yang telah diterangkan dalam surah an-Nisâ’, ayat 86 di atas.
Tatacara Memberi dan Menjawab Salam
Sesiapa yang memulakan mengucapkan salam adalah lebih afdhal. Oleh kerana itu, kita dianjurkan ketika saling berjumpa berusaha untuk memulai mengucapkan salam terlebih dahulu, sepertimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah mereka yang memulai mengucapkan salam. (Hadits riwayat Abu Daud) Mengucapkan salam mempunyai tata caranya yang tersendiri. Ketika kita bertemu sesama saudara Islam, disunatkan memberi salam sehingga dapat didengar oleh orang yang diberi salam. Jika orang yang diberi salam tidak mendengarnya, maka ucapannya itu belum dikira salam dan yang diberi salam tidak wajib menjawabnya.
Oleh itu, disunatkan menyaringkan suara sehingga terdengar oleh orang yang diberi salam. Apabila dia ragu, maka dia harus menyaringkan lagi dengan sejelas-jelasnya melainkan jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur, maka disunatkan merendahkan suaranya agar hanya didengar oleh orang yang bangun sahaja sehingga tidak membangunkan orang yang sedang tidur. (Al-Adzkâr, bâb Kaifiyyah as-salâm: 242-243).
Daripada Miqdad Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: Kami menyerahkan susu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk bahagian Baginda, maka pada suatu malam Baginda datang lalu memberi salam dengan salam yang tidak membanguni orang tidur dan hanya dapat didengar oleh orang yang bangun. Saya tidak dapat tidur sedang dua orang sahabat saya semua tidur, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam datang lalu memberi salam sebagaimana tadinya Baginda memberi salam. (Hadits riwayat Muslim)
Bagi pihak yang diberi salam pula, hendaklah jawapan salamnya itu dapat didengar oleh orang yang memberi salam. Oleh itu, apabila jawapan orang yang diberi salam itu suaranya tidak didengar oleh orang yang memberi salam, maka tidak gugur kewajipan membalas salam itu.
Adalah disyaratkan menjawab salam itu dengan segera, sekiranya tiada keuzuran. Apabila terlambat menjawab salam tersebut, maka jawapan itu tidak sah dan dikira berdosa.
Selain itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberikan garis panduan siapakah yang sebaik-baiknya lebih dahulu memberikan salam. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki (memberi salam) kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit (memberi salam) kepada orang yang banyak. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
Maksudnya: Orang yang lebih muda memberi salam kepada orang yang lebih tua, orang yang berjalan kaki (memberi salam) kepada orang yang duduk, dan orang yang sedikit (memberi salam) kepada orang yang banyak. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Apa yang dijelaskan dalam hadits di atas merupakan tata cara yang disunatkan. Namun begitu, jika orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang menaiki kenderaan atau orang yang duduk memberi salam kepada orang yang berjalan dan orang yang menaiki kenderaan, tidaklah makruh hukumnya sepertimana yang diterangkan oleh Imam Abu Sa‘ad al-Mutawalli dan yang lainnya. Tetapi dengan cara demikian bererti kedua-duanya telah meninggalkan haknya untuk diberi salam kerana keduanya memberi salam. Ini adalah tata cara memberi salam apabila kedua pihak bertemu di tengah jalan.
Adapun apabila seseorang datang menemui seseorang yang sedang duduk, maka yang datang itu yang memberi salam sama ada yang datang itu lebih muda atau lebih tua dan sama ada yang datang itu sedikit atau banyak. (Fath al-Bâri Syarh Shahîh al-Bukhari, bâb at-taslîm al-qalîl ‘ala al-katsîr: 267, al-Adzkâr: 254)
Etika Tetamu Menziarahi Rumah
Menurut sunnah, apabila seseorang hendak berjumpa saudara seIslam ketika menziarahi rumah saudaranya, hendaklah tetamu itu memberi salam terlebih dahulu kemudian meminta izin untuk masuk sambil berdiri di sisi pintu. Sekiranya seseorang yang hendak berjumpa itu tidak melihat penghuni di dalam rumah, maka dia mengucapkan: “Assalamualaikum” (ِْالسَّالالَم ُِعَلَالمْ)ُم) bolehkah saya masuk?”ِ Apabila tidak ada jawapan sehingga dia mengucapkan sedemikian itu dua hingga tiga kali, maka baliklah. (Al-Adzkâr, bâb al-isti’dzân: 256).
Daripada Rab‘i bin Hirasy at-Tabi‘i al-Jalil, beliau berkata:
Maksudnya: Telah diceritakan kepada kami bahawa seorang lelaki daripada Bani ‘Amir meminta izin masuk kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam (ke rumah Baginda) sedangkan Baginda berada dalam rumah. Maka lelaki itu berkata: “Bolehkah saya masuk?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada khadam (pembantu Baginda): “Jumpai orang itu di luar maka ajarkanlah kepadanya cara meminta izin”, maka berkata khadam Baginda kepadanya: “Katakanlah as-salâmu ‘alaikum (ِْ Orang itu mendengar pemberitahuan itu, maka dia berkata: “As-salâmu ‘alaikum مْ)ُم ) bolehkah saya masuk?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mempersilakannya, maka masuklah dia (ke rumah Baginda). (Hadits riwayat Abu Daud)
Apa yang disebutkan tentang mendahulukan salam sebelum meminta izin adalah pendapat yang shahîh. Imam al-Mawardi memberi ulasan bahawa perkara ini ada tiga pendapat:
i. Memberi salam sebelum meminta izin.
ii. Meminta izin terlebih dahulu sebelum memberi salam.
iii. Terserah orang yang akan berjumpa itu boleh sama ada memberi salam atau meminta izin terlebih dahulu. (Kitab al-Adzkâr, bâb al-isti’dzân: 257).
Jika tetamu itu melihat penghuni rumah sebelum dia masuk ke rumah, maka salam lebih dahulu diucapkan dan jika tetamu itu tidak melihatnya, maka meminta izin lebih dahulu sebelum memberi salam.
Apabila tetamu itu sudah mengucapkan permintaan izin untuk masuk sampai tiga kali tetapi belum juga ada jawapan daripada penghuni rumah walaupun tetamu itu berfikir bahawa penghuni rumah itu tidak mendengarnya, maka tidak boleh tetamu itu mengulanginya lebih daripada tiga kali. Ini telah diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy‘ari Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Memintakan izin itu sampai tiga kali, maka jika kamu diizinkan (masuklah), jika tidak, pulanglah. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika seseorang yang datang berjumpa meminta izin dengan memberi salam atau mengetuk pintu, lalu dijawab oleh penghuni rumah itu dengan berkata “siapa kamu?”, lalu dijawab oleh orang yang memberi salam atau orang yang mengetuk pintu itu dengan menyebut identitinya yang sebenar “saya polan bin polan”, maka cara ini adalah dituntut, kerana bertujuan supaya tuan rumah itu betul-betul tahu dan kenal dengan tetamunya yang berada di luar. Jika tetamu itu menjawab dan memberi identitinya dengan mengatakan “aku”, “khadam”, “salah seorang sahabatmu” atau kata-kata yang lain, maka hukumnya adalah makruh.
Dalam hubungan meminta izin dan memberi salam kepada tuan rumah sebelum masuk adalah jelas sekali diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan firmanNya:
Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). (Surah an-Nûr: 27)
FirmanNya lagi:
Tafsirnya: Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu “baliklah”, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (Surah an-Nûr: 28)
Bahkan masuk ke rumah sendiri pun kita disuruh memberi salam kepada keluarga di rumah. Ini telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana firmanNya:
Tafsirnya: Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. (Surah an-Nûr: 61)
Sekalipun jika tiada penghuni atau tidak ada seseorang di dalam rumah atau masjid, maka kita juga disuruh mengucapkan salam seperti:
Ertinya: Selamat sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang salih. (Kitab al-Adzkâr, kitâb as-salâm: 239).
Majlis Yang Bercampur Orang Islam Dan Bukan Islam
Jika dalam sesuatu majlis terdapat percampuran di antara orang Islam dengan bukan Islam, maka disunatkan kita memberi salam dengan niat memberi salam kepada orang Islam sahaja. Ini berdasarkan hadits Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam sepertimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melalui satu majlis yang di dalamnya bercampur antara orang Islam dan kaum musyrikîn, penyembah berhala serta orang-orang Yahudi, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memberi salam kepada mereka. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(Kitab Raudhah ath-Thâlibîn, kitâb as-siyar: 430-431)
Sebaliknya adalah haram memberi salam ke atas kaum Nashrani dan Yahudi. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Janganlah kamu terlebih dahulu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nashrani. Apabila kamu bertemu dengan salah seorang daripada mereka di jalan, maka mintalah agar mereka menyisih. (Hadits riwayat Muslim) (Kitab al-Adzkâr, bâb hukm as-salâm: 246, kitab Fath al-Bârî: 298).
Apabila mereka memberi salam juga, maka wajib menjawab salam dengan mengucapkan “wa‘alaikum” sahaja, sepertimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Apabila Ahli Kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah dengan “wa‘alaikum.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim) (Kitab al-Adzkâr, bâb hukm as-salâm: 246, kitab Fath al-Bâri: 298).
Salam Ketika Masuk Dan Keluar
Memberi salam itu bukan sahaja disunatkan ketika bertemu, masuk ke rumah atau majlis, malah kita disunatkan juga mengucapkan salam ketika berpisah atau keluar dari rumah atau majlis, sepertimana hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu sampai di suatu majlis, maka hendaklah dia memberikan salam, lalu apabila dia hendak meninggalkannya, maka hendaklah dia memberikan salam. Tidaklah salam pertama itu lebih utama daripada salam terakhir. (Hadits riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Salam Kanak-kanak
Disunatkan memberi salam kepada kanak-kanak dan jika mereka memberi salam, maka wajib menjawabnya kerana hadits yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu menyebutkan:
Maksudnya: Bahawasanya ketika beliau (Anas Radhiallahu ‘anhu) melalui perkumpulan kanak-kanak, beliau memberi salam ke atas mereka dan beliau mengatakan: “Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Adapun seseorang memberi salam kepada jemaah yang didalamnya ada kanak-kanak lalu dijawab salam itu oleh kanak-kanak sahaja, maka tidak gugur kewajipan menjawab salam itu sepertimana yang diterangkan oleh Imam an-Nawawi. Oleh itu diwajibkan bagi jemaah itu menjawab salam tersebut atau salah seorang daripada mereka.(Fath al-Bâri, bâb taslîm ar-rijâl ‘ala an-nisâ’: 298-299)
Menyampaikan Salam
Salam juga boleh diutus atau dikirim melalui seseorang atau surat. Jika salam yang diutus melalui surat itu sampai kepada orang yang ditujukan, maka wajib salam itu dijawab dengan segera.
Salam yang dikirim melalui seseorang wajib disampaikan oleh orang yang membawa salam, kerana ia merupakan satu amanah. Jika salam yang diutus melalui seseorang sampai kepada orang yang ditujukan salam, maka wajib orang yang ditujukan salam menjawab salam dengan segera dan sunat juga menjawab kepada penyampai itu dengan berkata:
Ertinya: Dan ke atas awak dan ke atasnya kesejahteraan.
Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya:
Maksudnya: Sesungguhnya Jibril ‘Alaihissalam memberi salam ke atasmu, ‘Aisyah menjawab: “Ke atasnya (Jibril ‘Alaihissalam) kesejahteraan dan rahmat Allah.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Hukum Lelaki Memberi dan Menjawab Salam Perempuan
Sunat bagi perempuan memberi salam kepada sesama perempuan dan wajib ke atas yang diberi salam menjawab salam tersebut sebagaimana keadaan hukumnya antara lelaki dengan lelaki memberi dan menjawab salam.
Jika perempuan itu adalah isteri kepada lelaki tersebut atau mahramnya, maka kedudukannya sama seperti keadaan lelaki memberi dan menjawab salam dengan sesama lelaki, iaitu sunat salah seorang daripada mereka memulai memberi salam dan salah seorang lagi wajib menjawab salam tersebut.
Jika perempuan itu adalah orang asing (ajnabiyyah) bagi lelaki tersebut, apatah lagi perempuan itu tergolong dalam kategori perempuan yang cantik yang ditakuti menimbulkan fitnah, maka makruh lelaki itu memberi salam kepada perempuan seperti ini. Jika dia (lelaki) memberi salam juga, haram bagi perempuan itu menjawab salam tersebut. Begitu juga bagi perempuan haram memberi salam kepada lelaki dan jika dia (perempuan) memberi salam juga, makruh bagi lelaki menjawab salam tersebut. (Raudhah ath-Thâlibîn, kitâb as-siyar: 431, kitab Nihâyah Syarh al-Minhâj: 52, kitab al-Mausû‘ah al-Fiqhiyyah: 166, kitab Hawâsyi asy-Syirwâni wa Ibn al-Qâsim al-‘Abbadi ‘alâ Tuhfah al-Muhtâj Syarh al-Minhâj li Ibn Hajar al-Haitami: 223).
Jika perempuan yang ajnabiyyah itu pula adalah perempuan yang sudah tua, sekira-kira tidak menimbulkan fitnah, maka boleh (sunat) perempuan itu memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki itu menjawab salamnya, begitu juga hukumnya salam lelaki kepada perempuan tersebut.
Adapun jika perempuan itu terdiri daripada bilangan yang ramai, dibolehkan (harus) bagi seorang lelaki memberi salam kepada mereka atau sekiranya lelaki terdiri daripada bilangan yang ramai, maka boleh (harus) mereka memberi salam kepada seorang perempuan, dengan syarat tidak ditakuti terjadinya fitnah, sama ada kepada lelaki atau perempuan tersebut.
Situasi yang Dimakruhkan Memberi Salam
Walaupun penyebaran salam itu sangat dituntut, akan tetapi ada tempat dan ketikanya kita dimakruhkan mengucapkannya. Adapun keadaan yang dimakruhkan itu antara lain ialah:
i. Memberi salam kepada orang yang sedang buang air. Dalam hal ini, dimakruhkan memberi salam. Sekiranya orang seperti ini diberi salam, tidak wajib ke atasnya menjawab salam tersebut. (Kitab al-Adzkâr, bab man yusallim ‘alaihi: 248-249, kitab Fath al-Bâri Syarh Shahîh al-Bukhari, bâb ifsyâ’ as-salâm: 282-283).
ii. Memberi salam kepada orang yang sedang tidur atau mengantuk.
iii. Mengucapkan salam kepada orang yang sedang azan, iqâmah dan sembahyang.
iv. Orang yang makan sedang makanan berada di mulutnya. Sekiranya dia diberi salam ketika itu, maka tidak wajib ke atasnya menjawab salam itu. Akan tetapi jika dia makan tetapi tidak ada makanan dalam mulutnya, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab.
v. Ketika sedang khutbah Jumaat. Imam an-Nawawi berpendapat, makruh memberi salam kepada jemaah yang hadir, kerana mereka disuruh untuk berdiam diri mendengarkan khutbah.
vi. Orang yang sedang membaca al-Qur’an, menurut pendapat Imam Abu al- Hasan al-Wahidi, adalah lebih afdhal tidak memberi salam kepadanya. Jika dia diberi salam, cukup baginya menjawab dengan isyarat. Akan tetapi jika dijawabnya dengan lisan, sambungan bacaan al-Qur’annya dimulai lagi
vii. Makruh memberi salam kepada orang yang membaca talbiyah ketika berihram, kerana memutuskan talbiyah itu adalah makruh. Tetapi jika dia diberi salam, maka dijawabnya salam itu dengan lisan (bukan dengan isyarat).
viii. Makruh juga hukumnya jika seseorang itu memberi salam dengan mengatakan ‘alaikassalam’ (ُِعَلَمْالك َِالسَّالالَم). Sungguhpun begitu, wajib dijawab salam tersebutِ kerana ia termasuk dalam kategori salam, sepertimana yang diriwayatkan daripada Abu Jurai al-Hujaimiِ Radhiallahuِ ‘anhu,ِ beliau berkata:
Maksudnya: Aku telah datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu aku berkata: “ ‘Alaikassalam (ِ Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jangan awak katakanِ “‘alaikassalam” kerana sesungguhnya ucapan “ ‘alaikassalam’ itu adalah salam untuk orang-orang yang telah mati.” (Hadits riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
ix. Makruh memberi salam dengan isyarat, ini berdasarkan keterangan daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Janganlah kamu memberi salam seperti orang-orang Yahudi, kerana sesungguhnya mereka memberi salam dengan menggunakan kepala, tangan dan isyarat. (Hadits riwayat an-Nasa’i)
Adapun larangan memberi dan menjawab salam dengan isyarat adalah khusus kepada orang yang mampu mengucapkan salam tetapi tidak melafazkannya. Manakala orang yang bersembahyang, orang yang diberi salam itu jauh jaraknya, begitu juga orang yang kurang pendengaran, mereka ini tidak dilarang menjawab salam dengan isyarat.(Fath al-Bâri: 275)
Haram ke atas orang yang bersembahyang menjawab salam dengan mengucapkan وعلالم)مِالسالالالم, jika dijawabnya maka batallah sembahyangnya dengan syarat dia mengetahui akan hukumnya. Jika dia tidak mengetahui atau jahil tentang hukum menjawab salam ketika sembahyang, maka tidaklah batal sembahyangnya. Jika dia menjawab علمالهِالسالالم, tidaklah batal sembahyangnya. Disunatkan bagi orang yang bersembahyang itu menjawab salam dengan isyarat sahaja bukan dengan melafazkan salam tersebut. (Al- Adzkâr: 249).
Maksudnya: Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah lalu dalam sebuah masjid dan di dalamnya terdapat sekumpulan wanita yang duduk, maka Baginda memberi isyarat salam dengan tangan Baginda. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
x. Menentukan salam kepada seseorang atau kumpulan tertentu. Kita ditegah menentukan salam kepada seseorang yang tertentu, kerana salam bertujuan kemesraan, damai dan persaudaraan. Jika menentukan salam, ianya akan menimbulkan buruk sangka serta perasaan iri hati yang membawa kepada permusuhan.
Daripada huraian ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkara memberi dan menjawab salam itu bukanlah perkara mudah, kerana atas tanggapan ia sudah menjadi perkara biasa, tetapi ia mempunyai huraian dan permasalahan yang patut difahami oleh masyarakat kita.
Islam mengajarkan umatnya supaya menanamkan dalam diri dan menjadikan budaya memberi salam sebagai salah satu cara hidup bermasyarakat. Islam menyeru umatnya agar mendoakan saudaranya dengan kesejahteraan. Oleh sebab itu, untuk memupuk amalan memberi salam, kita harus menanamkan budaya memberi salam di kalangan anak-anak kita sejak kecil lagi.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mengaturkan cara salam untuk umat Islam bagi menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang penuh kedamaian, ketenteraman dan ketenangan. Dalam hubungan ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menjadikan salam itu sebagai cara penghormatan bagi umat kita, juga sebagai tanda kesejahteraan bagi orang-orang Dzimmi yang ada dalam lindungan kita. (Hadits riwayat al-Baihaqi)
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-7429
