Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الصلاة٠ مشاهدة

Sujud Tilâwah Dan Sujud Syukur

الجواب

Rahmat Allah sangat luas meliputi tiap-tiap sesuatu. Kerana itulah juga peluang untuk mendapatkan ganjaran pahala adalah sangat banyak dan terbuka luas dengan melakukan ibadat wajib ataupun sunat, sehingga sesetengah ibadat itu perbuatannya sedikit, tetapi ganjaran pahalanya sangat banyak, tidak terkira. Itulah rahmat Allah kepada hambaNya. Oleh yang demikian sayugia jangan dilepaskan peluang untuk beribadat, sementara umur dan kesempatan masih ada.

Berhubung dengan ibadat wajib, kita tidak ada pilihan. Ia mesti ditunaikan kerana jika ditinggalkan adalah berdosa. Adakalanya diturunkan balasan azab di dunia lagi sebelum diperkirakan di akhirat. Lebih jauh dari itu, sesiapa yang mengingkari hukum sesuatu yang diwajibkan yang disepakati ulama tentang wajibnya itu terkeluarlah dia daripada agama Islam iaitu menjadi murtad, wal‘iyâdzubillâh.

Manakala dalam ibadat sunat pula, walaupun ia merupakan ibadat pilihan, namun jangan dilepaskan peluang untuk melaksanakannya. Dengan melaksanakannya bererti kita telah menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan tergolong dalam golongan orang-orang yang mencintai Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Mengamalkan apa jua perkara ibadat itu perlu bersandarkan kepada kehendak syara‘ dari segi rukun, syarat dan caranya supaya apa yang kita lakukan itu tepat dan betul menurut apa yang dikehendaki syara‘, semoga diterima Allah amalan kita itu dan seterusya mendapat ganjaran yang dijanjikanNya.

Di antara cara mengabdikan diri kepada Allah ialah dengan melakukan sujud. Sujud itu ada ketikanya dihukumkan wajib seperti sujud dalam sembahyang kerana ia merupakan rukun. Tidak sah sembahyang jika ditinggalkan dengan senghaja. Ada pula ketikanya sujud itu hukumnya sunat seperti sujud sahwi, sujud tilâwah dan sujud syukur.

Banyak hadis yang mengkhabarkan kepada kita tentang kelebihan sujud ini. Di antara hadis-hadis itu adalah seperti berikut:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Tsauban maula Baginda:

Maksudnya: “Engkau perbanyakkanlah bersujud kerana Allah. Sesungguhnya jika engkau bersujud kerana Allah, Allah akan mengangkat darjatmu dengan sujudmu itu dan akan menghapuskan dosamu dengan sebab sujudmu itu” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Saat yang paling hampir di antara hamba dan Allah Ta‘ala ialah pada masa dia sedang bersujud.” (Hadis riwayat Muslim )

Memandang kepada kepentingan sujud bagi kita dan tinggi nilainya di sisi Allah maka kita akan cuba menghuraikan beberapa panduan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan sujud tilâwah dan sujud syukur.

Apakah Sujud Tilâwah Itu?

Sujud tilâwah ialah sujud kerana membaca atau mendengar ayat al-Qur‘an yang disunatkan padanya sujud.

Ini bermakna sujud tilâwah itu merupakan di antara adab-adab ketika membaca al-Qur‘an. Di samping sujud tilâwah ketika membaca atau mendengar ayat ‘sajdah’, ada juga tuntutan-tuntutan lain yang sunat dilakukan ketika kita membaca al-Qur’an umpamanya: 1. Apabila membaca ayat yang mengandungi rahmat Allah maka disunatkan memohon rahmatNya seperti mengucapkan:

Ertinya: “Ya Allah, ampuni dan rahmatilah aku.” 2. Apabila membaca ayat yang mengandungi azab atau seksaan maka disunatkan pula memohon perlindungan daripada azab Allah dengan mengucapkan zikir seperti berikut:

Ertinya: “Ya Allah, lindungilah aku daripada azab api neraka.” 3. Apabila membaca ayat tasbîh iaitu yang mengandungi pujian kepada Allah umpamanya ayat (سِبّ ِح ِِاسِم ِِرِبّ ِك ِِاِلِعِلِى) adalah disunatkan bertasbîh seperti mengucapkan:

Ertinya: “Maha suci Allah.” 4. Ketika membaca ayat 40 dari surah al-Qiyâmah ( ِ ِأِلِيِِسِذلِِك ِبِحِكِِمِالِاِكِمي ) adalah disunatkan membaca setelah itu dengan zikir:

Ertinya: “Ya, Benar! Saya adalah dari kalangan orang yang menjadi saksi ke atas perkara itu (Allah itu berkuasa menghidupkan orang yang itu adalah hakim yang paling adil, iaitu jawapan bagi

ِبـِعِدِِهِيـِؤمنون ) adalah di sunatkan untuk menyebut selepas itu dengan zikir:

Ertinya: “Kami beriman dengan Allah.”

Semua perkara tersebut sunat dilakukan oleh setiap pembaca al-Qur’an, termasuk imamِ dan juga orang yang bersembahyang secara bersendirian kerana mendengar bacaannya sendiri. Begitu juga makmum sunat ke atasnya berbuat demikian kerana mendengar bacaan imamnya atau bacaannya sendiri. Zikir-zikir kerana ayat tertentu itu adalah dibaca secara jahar (dinyaringkan) sama ada imam, makmum dan juga orang bersembahyang secara bersendirian pada sembahyang yang disunatkan menyaringkan bacaan padanya.

Perluِ juga diambil perhatian bahawa lafaz zikir itu apabila di dalam sembahyang mestilah diucapkan dengan bahasa Arab dan tidak harus bahkan batal sembahyang jika dilafazkan dengan bahasa Melayu atau lainnya selain daripada bahasa Arab.

Jika perkara-perkara yang tersebut di atas ditinggalkan, tidaklah ia membatalkan sembahyang serta tidak dituntut untuk melakukan sujud sahwi kerana ia hanyalah merupakan sunat hai‘ah.ِ

Begitu juga sunat hukumnya mengucapkan zikir-zikir tersebut ketika di luar sembahyang apabila mendengar ayat-ayat yang telah dijelaskan tadi.

Hukum Sujud Tilâwah

Sujud tilâwah adalah sunat menurut pendapat jumhûr ulama. Manakala Imam Abu Hanifah (Imam mazhab Hanafi) berkata bahawa sujud tilâwah itu wajib sama ada ke atas pendengar atau pembaca.

Hukum sunat ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh asy-Syeikhan (al-Bukhari dan Muslim) daripada Ibnu Umar katanya:

Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah membaca al-Qur’an, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat ‘sajdah’, maka Baginda pun bersujud lalu kami pun sujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya.”

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu tentang fadhilat melakukan sujud tilâwah, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Apabila anak Adam itu membaca ayat al-Qur’an yang menuntut untuk sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata: “Celakalah! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud diaِ pun sujud, maka baginya balasan syurga, dan aku diperintahkan untuk sujud maka aku enggan, maka balasan bagiku adalah neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Ayat-Ayat Sajdah Di Dalam Al-Qur’an

Ayat-ayat yang disunatkan sujud setelah membacanya, menurut mazhab asy- Syafi‘e, adalah seperti berikut:

1. Ayat ke 206 surah al-A‘râf. 2. Ayat ke 15 surah ar-Ra‘d. 3. Ayat ke 50 surah an-Nahl. 4. Ayat ke 109 surah al-Isrâ’.

5. Ayat ke 58 surah Maryam. 6. Ayat ke 17 surah al-Hajj. 7. Ayat ke 77 surah al-Hajj. 8. Ayat ke 60 surah al-Furqân. 9. Ayat ke 25 hingga 26 surah an-Naml. 10. Ayat ke 15 surah as-Sajdah. 11. Ayat ke 38 surah Fushshilât. 12. Ayat ke 62 surah an-Najm. 13. Ayat ke 21 surah al-Insyiqâq. 14. Ayat ke 19 surah al-‘Alaq.

Untuk mengenali ayat-ayat sajdah itu pada kebiasaannya, di dalam Mushhaf ditanda dengan garis dan di penghujung ayat itu ditanda dengan tanda yang berbentuk seakan-akan dom masjid sementara itu di bidainya tertulis perkataan “سجدة”.

Hikmah pengkhususan sujud pada tempat-tempat atau ayat-ayat yang tersebut adalah kerana ayat-ayat tersebut merupakan pujian bagi mereka yang bersujud dan celaan bagi yang tidak bersujud sama ada secara terang-terangan ataupun secara isyarat sebagaimana yang dinukikan oleh Imam al- Qalyubiy daripada perkataan Ibnu Hajar.(Al-Hâsyiatan: 1/235).

Bila Waktu Sujud Tilâwah Itu Sunat Dilakukan?

Sujud tilâwah itu sunat dilakukan apabila ayat sajdah itu dibaca di luar sembahyang bukan pada waktu-waktu yang makruh menunaikan sembahyang sama ada ia bertujuan untuk melakukan sujud atau tidak.

Begitu juga sunat melakukan sujud tilâwah ketika dalam sembahyang jika dibacakan ayat sajdah tersebut. Tetapi tidak disunatkan melakukan sujud tilâwah jika membaca ayat sajdah itu semata-mata bertujuan (qashad) untuk melakukan sujud, kecuali jika dia membacanya pada sembahyang fardhu Subuh hari Jumaat, adalah sunat dia melakukan sujud tilâwah sekalipun dia bertujuan membacanya untuk sujud.

Berdasarkan keterangan tersebut tidak sunat melakukan sujud pada waktu makruh menunaikan sembahyang sekalipun ayat sajdah dibaca di luar sembahyang, begitu juga ketika dalam sembahyang dengan tujuan membaca ayat sajdah itu untuk melakukan sujud. Bahkan jika dibaca dalam sembahyang dengan qashad sujud tilâwah lalu dia bersujud maka batallah sembahyangnya itu.

Hukum Membaca Ayat Sajdah

Jika ayat sajdah itu dibaca pada waktu yang dimakruhkan menunaikan sembahyang bukan untuk tujuan sujud, tidaklah dilarang membacanya tetapi tidak disunatkan bersujud padanya. Tetapi jika dia bersujud juga tidaklah batal sujudnya itu. Begitu juga jika dibaca ayat sajdah pada waktu makruh tersebut dengan tujuan melakukan sujud tilâwah selepas waktu makruh, maka tidaklah disunatkan sujud dan hukum bacaannya pada ketika itu pula adalah makruh.

Berlainan halnya jika dibaca pada waktu makruh atau sebelumnya dengan maksud untuk sujud pada waktu makruh maka dihukumkan bacaannya itu haram dan sujud tersebut adalah batal dan tidak dikira. (Al-Hâsyiatan: 1/235)

Syarat-Syarat Sujud Tilâwah

Di dalam kitab al-Majmû‘ menurut Ashhâb Syafi‘iyyah bahawa hukum sujud tilâwah itu sama seperti hukum sembahyang sunat dari segi syarat-syarat sahnya sujud itu, syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

1. Bersih daripada hadas kecil atau besar dan juga bersih daripada najis sama ada pada tubuh badan, pakaian dan juga tempat.

2. Orang yang hendak melakukan sujud tilâwah itu juga di kehendaki dalam keadaan menutup aurat.

3. Hendaklah menghadap qiblat ketika melakukannya.

4. Hendaklah masuk waktunya ketika melakukan sujud itu. Adapun masuknya waktu sujud itu ialah sejurus selepas dia selesai membaca atau mendengar keseluruhan ayat sajdah. Jika sekiranya dia bersujud sebelum habis ayat itu dibaca atau didengarnya maka sujud tilâwah itu tidak sah dan tidak memadai.

Sujud Tilâwah Di Dalam Sembahyang

Cara untuk melaksanakan sujud tilâwah itu ada dua keadaan iaitu ketika dalam keadaan bersembahyang dan di luar sembahyang.

Sujud tilâwah boleh dilakukan di dalam sembahyang, bahkan hukumnya adalah sunat, sama ada sembahyang itu dilakukan secara bersendirian atau berjemaah. Kedudukan makmum pula untuk melakukan sujud tilâwah itu, bergantung kepada imam. Jika imam bersujud kerana ayat sajdah iaitu ayat yang menuntut sujud, maka wajib ke atas makmum mengikuti perbuatan imam dengan melakukan sujud itu kerana jika tidak, maka batallah sembahyangnya.

Sebaliknya jika imam tidak melakukannya maka makmum adalah tidak dikehendaki untuk melakukan sujud. Jika dilakukannya juga, maka sembahyangnya menjadi batal. Akan tetapi harus dan sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilâwah selepas selesai memberi salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama.

Jika sekiranya makmum tidak mengetahui bahawa imam telah melakukan sujud tilâwah sehinggalah imam mengangkat kepalanya daripada sujud, maka tidaklah batal sembahyang makmum itu. Dia dimaafkan kerana tertinggal daripada perbuatan imamnya itu dan juga tidak dikehendaki melakukan sujud.

Sujud tilâwah sunat dilakukan di dalam sembahyang sama ada pada sembahyang yang dinyaringkan bacaan (jahr) atau pada sembahyang yang dibaca secara suara perlahan (sirr). Walau bagaimanapun bagi sembahyang yang tidak disunatkan menyaringkan suara, sujud tilâwah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum. (Nihâyah al-Muhtâj: 2/100)

Diambil daripada ‘illah di atas (sembahyang yang dibaca secara suara perlahan) maka begitu juga halnya pada sembahyang yang disunatkan menyaringkan suara (jahr), sunat (mustahabb) bagi imam melakukan sujud tilâwah setelah selesai sembahyang, jika (diketahui) jarak di antara imam dan makmum itu jauh sehingga dia tidak mendengar bacaan imam atau tidak dapat melihat perbuatan imam atau diselangi oleh dinding dan sebagainya bagi mengelakkan kekeliruan para makmum. (Nihâyah al-Muhtâj: 2/100)

Cara melakukannya ketika di dalam sembahyang, hendaklah dia sujud dengan disunatkan dia bertakbir tanpa mengangkat tangannya kerana tangan tidak diangkat ketika hendak melakukan sujud di dalam sembahyang.

Selepas sujud iaitu bangun dari sujud tersebut untuk bangkit semula meneruskan sembahyangnya, disunatkan dia bertakbîr. Tidak wajib berniat untuk menunaikan sujud tilâwah di dalam sembahyang kerana ia sudah terkandung di dalam niat sembahyang (iaitu dengan terkandungnya niat sujud itu kerana bacaannya) sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Khathib. (Al-Hâsyiatân: 1/238) Tetapi jika dia berniat juga hendaklah jangan dilafazkan niat itu kerana dengan lafaz itu boleh menyebabkan sembahyangnya itu terbatal.

Sujud Tilâwah Di Luar Sembahyang

Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilâwah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya. Jika hendak melakukan sujud tilâwah hendaklah berniat sujud tilâwah kemudian bertakbîr iftitâh seperti takbiratulihrâm dalam sembahyang.

Niat sujud tilâwah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat.” (Hadis riwayat al-Bukhari )

Begitu juga dengan takbîr iftitâh hukumnya adalah wajib kerana ia merupakan syarat sujud tilâwah menurut pendapat al-ashah.

Di samping berniat di dalam hati dia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:

Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilâwah kerana Allah Ta‘ala”

Kemudian itu bertakbîr sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangan. Apabila hendak bangun dari sujud disunatkan bertakbîr ketika mengangkat kepalanya.

Adalah disunatkan menurut pendapat ash-shahîh memanjangkan bacaan takbîr yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbîr yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmû‘: 3/561)

Setelah bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarh al- Minhâj.

Kesimpulannya, perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilâwah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbîr seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbîr untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.

Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilâwah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiyâm) kemudian melaksanakan sujud, tetapi memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbîratulihrâm dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbîr dan sujud.(At-Tibyân fi Âdâb Hamalât al-Qur’ân: 118)

Bacaan Atau Zikir Ketika Sujud Tilâwah

Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilâwah. Di antara zikir yang digalakkan itu ialah:

Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah, Zat) yang menciptakannya, yang membentuknya dan yang membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya, maka Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta.”

Zikir lain sebagaimana yang disebut dalam hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Ya Allah tuliskan bagiku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya, terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)

Sementara itu al-Ustaz Ismail adh-Dharir di dalam tafsirnya menukilkan bahawa Imam asy-Syafi‘e memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut:

Ertinya: “Maha suci Tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana.”

Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud sembahyang.

Menurut Imam al-Qalyubiy bahawa sujud tilâwah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun dia suci daripada hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:

Ertinya: “Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar.”

Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyyatulmasjid.(Al-Fiqh al-Islâmi wa Adillatuh:ِ 1136)

Apa Dia Sujud Syukur Itu?

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang daripada mala petaka.

Hukum Sujud Syukur

Jumhûr ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya:

Maksudnya: “Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya, Baginda menghadap qiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku lalu Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya”. Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarh al-Minhâj)

Sujud syukur di dalam mazhab asy-Syafi‘e tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada mala petaka.

Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shâd iaitu:

Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik.” (Surah Shâd: 25)

Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika dia tidak mengetahuinya atau dia terlupa.

Bagaimana Sujud Syukur Dilaksanakan?

Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilâwah ketika dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,ِ takbîr,ِ sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilâwah iaitu suci daripada hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap qiblat.

Zikir yang sunat dibaca pada ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilâwah.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur, disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. (Mughni al-Muhtâj: 1/219). Menurut al- Khawarizmi pula, jika dia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam ar-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

Kesimpulan

Walaupun sujud tilâwah dan sujud syukur adalah satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat dan cara melakukannyaِ pula mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah. Dari itu, janganlah dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat kerana dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-10658

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص