Tasymît: Hak Seorang Muslim Yang Perlu Dihidupkan
الجواب
Ulama telah bersepakat bahawa sunat mengucapkan tahmîd ( المدِلل ) setelah seseorang itu bersin. Sementara sunat bagi orang yang mendengar ucapan tahmîd itu pula mendoakan orang yang bersin itu.
Dalam bahasa Arab, orang yang bersin itu dipanggil sebagai al-‘âthis. Sementara perbuatan mendoakan orang yang bersin setelah dia mengucapkan tahmîd, dipanggil sebagai at-tasymît.
Jadi, at-tasymît itu ialah mendoakan orang yang bersin dengan kebaikan dan keberkatan. Sesudah diucapkan tasymît, maka orang yang bersin itu pula mendoakan kembali kepada orang tersebut. Inilah tajuk yang hendak kita bincangkan.
Antara keindahan Islam itu, saling doa-mendoakan kebaikan dan kebajikan antara sesama Islam. Saling doa-mendoakan antara satu dengan yang lain itu boleh mengeratkan hubungan silaturahim.
Islam sangat menekankan penganutnya agar memelihara hubungan silaturahim. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu selalu minta dengan menyebut-nyebut namaNya, dan peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat.” (Surah an-Nisa’: 1)
Perihal saling doa mendoakan antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain ini disebut dalam berbagai-bagai munasabah umpamanya dalam at-
sejahteralah atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang salih”. Contoh lain, seperti memberi dan menjawab salam apabila bertemu, ucapan ta‘ziah kepada keluarga si mati, doa kepada pengantin baru, kepada orang yang mencapai sesuatu kejayaan, kepada orang yang baru melahirkan cahaya mata dan termasuklah juga ucapan tasymît ini.
Mengucapkan tasymît kepada orang yang bersin adalah juga termasuk antara hak-hak Muslim dengan Muslim yang lainnya, sebagaimana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya bahawa hak seorang Muslim terhadap Muslim lainnya itu ada lima, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah, memenuhi undangan dan mengucapkan tasymît kepada orang yang bersin.
Sebelum menyentuh lebih jauh mengenai tasymît, eloklah dijelaskan terlebih dahulu satu persatu perkara yang berhubungkait dengan tasymît dan beberapa permasalahan mengenainya. Etika Ketika Bersin
Berkata Imam an-Nawawi, menurut ulama bahawa bersin itu disebabkan oleh hal yang terpuji iaitu keringanan badan yang terjadi disebabkan kurang makan. Sifat mengurangkan makan ini adalah perkara yang digalakkan kerana ia boleh mengurangi rangsangan nafsu syahwat dan mudah untuk berbuat taat.
Islam ada menggariskan adab-adab ketika bersin dan perkara-perkara yang wajar dilakukan sesudah bersin baik bagi orang yang bersin mahupun yang mendengarnya. Antara adab-adab ketika bersin itu ialah:
i. Sunat bagi orang yang bersin mengucapkan Tahmîd ( ِ المد ِلل) “segala puji bagi Allah” sesudah dia bersin. Adalah lebih baik jika diucapkannya seperti ayat kedua dalam surah al-Fatihah iaitu: ( ِ المدِِللِِرب ِالعالمي ) “segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. Namun lebih afdhal lagi jika diucapkan sesudah bersin: (ِ المد ِلل ِعلى ِكل ِحال) “segala puji tertentu bagi Allah atas setiap keadaan”, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya: “Daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda: “Jika salah seorang kamu bersin, maka katakanlah: لل ِعلى ِكل ِحال ”. Dan katakanlah oleh saudara atau sahabatnya (yang mendengar tahmîd): “ِ ير َحك ِللا”. Dan dia (yang bersin) itu berkata pula:“ِ (Hadis riwayat Abu Daud)
ii. Sunat mengucapkan tasymît kepada orang yang mendengar tahmîd (orang yang bersin) iaitu dengan mendoakan agar mendapat rahmat, seperti katanya: ( ِ ِللا ير َحك ) “semoga Allah memberi rahmat
lebih afdhal (ِ ر َحك ِللا).
Sunat mengucapkan tasymît itu juga kepada kanak-kanak sebagaimana orang dewasa. Seperti didoakan kepada kanak-kanak itu agar diberkati Allah atau semoga menjadi anak yang salih, seperti katanya: (ِ أصلحك ِللا) “semoga Allah menjadikan engkau anak yang salih”, atau (ِ َب رك ِفيك ) “semoga Allah memberkatimu.”
Hukum mengucapkan tasymît adalah sunat kifayah, iaitu jika sebahagian daripada sekelompok jemaah mengucapkan tasymît dan sebahagiannya lagi tidak, nescaya itu sudah memadai. Namun jika kesemua mereka tidak mengucapkan tasymît, maka mereka telah meninggalkan sunnah.
Perbuatan mengucapkan tahmîd oleh orang yang bersin, dan tasymît bagi orang yang mendengar tahmîd serta ucapan balas daripada orang yang bersin, sekurang-kurangnya dengan suara yang boleh didengar oleh sahabatnya.
iii. Sunat dibalas oleh orang yang bersin itu dengan mendoakan orang yang mengucapkan tasymît kepadanya agar diberi hidayat serta keampunan Allah dan diperelokkan keadaan, seperti katanya:
atau yang lebih afdhal ( ِ ِِيهديكمَِب لكم للا ِويصلح ) “semoga Allah memberi hidayat dan mensejahterakan keadaan kamu”.
iv. Sunat bagi orang yang hendak bersin menutup mulutnya sama ada dengan meletakkan tangan atau pakaian ke arah mukanya.
v. Sunat merendahkan suaranya ketika bersin, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam meletakkan tangan atau pakaiannya ke atas mulutnya dan merendahkan atau menundukkan suaranya ketika bersin.
Sementara perbuatan bersin dengan suara yang kuat pula datangnya daripada syaitan, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu as-Sunni, yang mana Ummu Salmah Radhiallahu ‘anha pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya bahawa menguap dan bersin dengan suara yang tinggi itu adalah daripada syaitan.
vi. Makruh mengucapkan tasymît kepada orang yang bersin yang belum atau tidak langsung mengucapkan tahmîd. Tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy‘ariy Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya: “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika salah seorang kamu bersin dan dia bertahmîd maka kamu ucapkanlah tasymît kepadanya, jika sekiranya dia tidak bertahmîd maka jangan kamu ucapkan tasymît kepadanya.” (Hadis riwayat Muslim)
Adapun orang yang bersin yang tidak mengucapkan tahmîd, maka sunat diingatkan ke atasnya agar mengucapkan tahmîd. Tujuannya supaya orang yang mengingati itu akan terselamat daripada sakit gigi, telinga dan sakit perut, sebagaimana perkara ini disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam kitab Tuhfah al-Muhtâj.
Jika syak terhadap siapa yang mengucapkan tahmîd sesudah bersin, maka ucapkanlah tasymît dengan mendoakan seperti katanya: “ ِ يرحمِِللا ”, nescaya dia mendapat pahala sunat daripada ucapan tasymît itu juga.
Manakala jika orang yang bersin itu mengucapkan perkataan lain selain tahmîd, maka tidak disunatkan orang yang mendengarnya untuk mengucapkan tasymît.
Bersin Ketika Dalam Tandas
Seseorang yang bersin apabila berada di dalam tandas, makruh (كراهة ِتنزيه ) baginya mengucapkan tahmîd (ِ المد ِلل) dengan melafazkannya. Menurut al- Baghawi, jika seseorang itu bersin ketika berada dalam tandas ucapkanlah tahmîd dalam hatinya sahaja, sebagaimana keadaannya ketika bersetubuh.
Menurut kitab I‘ânah ath-Thâlibîn, jika seseorang itu bersin ketika sedang membuang air kecil atau besar, maka ucaplah tahmîd di dalam hati sahaja dan dia akan mendapat pahala. Namun jika dia mengucapkan tahmîd dengan melafazkannya sehingga terdengar oleh orang lain, maka tidak dituntut orang yang mendengar itu untuk mengucapkan tasymît (ِ ير َحك ِللا) kerana orang yang bersin ketika membuang air itu tidak dituntut untuk mengucapkan tahmîd dengan melafazkannya.
Bersin Ketika Azan
Apabila orang yang azan itu bersin ketika dia melaungkan azan, maka ucapkanlah tahmîd sekira-kira yang boleh didengar oleh dirinya sendiri. Jika orang yang azan itu mendengar orang lain yang bersin pula, maka orang yang azan itu jangan mengucapkan tasymît kepada orang yang bersin itu sehinggalah dia selesai azan. Akan tetapi jika orang yang azan itu mengucapkan tasymît juga, maka tidaklah makruh akan tetapi dia telah meninggalkan yang afdhal.
Bersin Ketika Dalam Sembahyang
Seseorang yang bersin ketika dia mengerjakan sembahyang, maka sunat baginya mengucapkan tahmîd dengan suara yang boleh didengar oleh dirinya. Jika orang yang sembahyang itu bersin ketika dia sedang membaca surah al-Fâtihah dan diucapkannya tahmîd, maka wajib diulang semula bacaan surah al-Fâtihah itu. Ini kerana dia telah memutuskan (al-muwalah) bacaan surah al-Fâtihah dengan menyebut tahmîd.
Adapun orang yang sedang mengerjakan sembahyang, jika dia mengucapkan tasymît kepada orang yang bersin, maka batal sembahyangnya. Ini kerana dia telah melafazkan tasymît dengan lafaz (اخلطاب) iaitu ada percakapan antaranya dengan orang yang bersin, seperti katanya (ِ ير َحِك ِِللا) “semoga Allah merahmatimu”. Jika orang yang sembahyang itu mengucapkan tasymit dengan tidak ada lafaz khitab (tidak ditujukan kepada orang yang bersin), seperti katanya (ِ ير َحه ِِللا) “semoga Allah merahmatinya” maka tidak batal sembahyangnya.
Mengucapkan Tasymit Ketika Dalam Khutbah
Dalam mazhab Syafi‘e (qaul jadîd) iaitu pendapat yang ashah, tidak haram seseorang berkata-kata ketika khatib menyampaikan khutbah. Akan tetapi sunat dia diam di waktu tersebut. Dalam hal mengucapkan tasymît kepada orang yang mengucapkan tahmîd sesudah bersin ketika khutbah, menurut pendapat yang ashah sunat mengucapkan tasymît kepada orang tersebut.
Mengucapkan Tasymit Kepada Orang Bukan Islam
Haram mengucapkan tasymît kepada orang bukan Islam dengan mendoakan rahmat ke atasnya, seperti katanya: (ِ ير َحك ِللا). Ini kerana terdapat garis pandu dan batas bagi keharusan mendoakan orang bukan Islam. Tidak semua doa atau permohonan itu diharuskan bagi mereka. Adalah haram mendoakan orang bukan Islam sama ada dia terdiri daripada keluarga sendiri ataupun sebaliknya, dengan doa yang berbentuk permohonan keampunan dan seumpamanya yang tidak layak disebut bagi orang bukan Islam. Perkara ini dilarang sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” (Surah at-Taubah: 113)
Akan tetapi harus mendoakan orang-orang bukan Islam itu supaya mendapat hidayat, taufiq serta beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Jika orang bukan Islam itu bersin dan dia mengucapkan tahmîd sesudah bersin, lalu didengar oleh orang Islam akan ucapan tahmîdnya, maka doakanlah orang kafir itu agar mendapat hidayat atau diperelokkan hal mereka, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa:
Maksudnya: “Orang-orang Yahudi berpura-pura bersin di majlis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dengan tujuan supaya Baginda bersabda dan mendoakan mereka dengan mendapat rahmat Allah – sebagaimana doa bagi orang-orang Islam apabila mereka bersin –. Maka Baginda bersabda (kepada orang-orang Yahudi ketika mereka bersin): “Semoga Allah memberi hidayat kepada kamu dan membetulkan hal ehwal kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Mengucapkan Tasymît Kepada Orang Bersin Lebih Tiga Kali
Jika seseorang bersin tiga kali dengan berturut-turut, sunat bagi orang yang mendengar bersin itu mengucapkan tasymît pada setiap kali bersin. Namun jika melebihi daripada tiga kali bersin dengan berturut-turut, maka orang tersebut berkemungkinan selesema dan doakanlah untuknya agar mendapat kesembuhan. Seperti katanya: (ِ عافاك ِللا) “semoga Allah memberi keafiatan kepadamu” atau (ِ شفاك ِللا) “semoga Allah memberi kesembuhan kepadamu”. Adapun jika bersin lebih daripada tiga kali akan tetapi tidak berturut-turut, maka sunat bagi orang yang mendengarnya mengucapkan tasymît. Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Mengucapkan tasymît kepada orang yang bersin walau sampai tiga kali (dia bersin). Adapun jika lebih daripada itu maka dia diserang selesema.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Banyak jalan atau cara yang diajarkan oleh Islam bagi mengeratkan silaturahim di kalangan individu masyarakat. Antaranya dialog orang yang bersin dengan orang yang mendengarnya. Dalam dialog itu, menunjukkan betapa Islam mementingkan kasih sayang sesama ummah. Saling doa-mendoakan antara satu dengan yang lain agar mendapat rahmat dan hidayat serta ingat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan terasa setiap diri individu itu bersifat merendah diri kepadaNya.
Oleh yang demikian hidupkanlah syiar Islam ini. Janganlah ia diabaikan, walaupun dialog dalam bersin ini sebagai perkara yang ‘biasa’, namun di dalamnya terkandung makna yang besar pada diri dan hubungan sesama insan.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-11138
دليل الألوان
