Beberapa Permasalahan Cara Dan Hukum-Hakam Menjawab Salam
الجواب
Para ulama mazhab asy-Syafi‘e bersepakat bahawa hukum memberi salam itu adalah sunat Kifayah manakala hukum menjawabnya pula adalah fardhu ‘Ain jika yang diberi salam itu seorang sahaja dan fardhu Kifayah jika yang diberi salam itu jumlah yang ramai.
Apabila seseorang itu enggan atau tidak menjawab salam sedangkan dari segi hukum dia wajib menjawabnya, maka adalah elok dan disunatkan supaya pemberi salam itu dengan secara lembut memperingatkan orang yang tidak menjawab salamnya itu supaya menjawab salamnya dan memperingatkannya bahawa menjawab salam itu adalah wajib dengan mengatakan: “Menjawab salam itu wajib, maka saudara mestilah menjawab salam saya supaya saudara terlepas daripada tanggungan hukum wajib tersebut” atau yang seumpamanya.
Sekiranya pemberi salam itu redha salamnya tidak dijawab, ini tidak sekali-kali akan menggugurkan tanggungan wajib menjawab salam itu daripada orang yang diberi salam ke atasnya itu, kerana ia merupakan hak Allah Ta‘ala sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Mutawalli Rahimahullâh.
Perbincangan tentang perkara menjawab salam ini tidak hanya terbatas kepada permasalahan hukum menjawab salam itu sahaja. Walaupun perkara menjawab salam ini seakan-akan mudah, kerana ia adalah amalan harian seorang Muslim, namun sebagai salah satu perkara yang berbentuk ibadat, banyak permasalahannya yang perlu diketahui agar amalan menjawab salam itu dimaklumi oleh orang Islam dan dapat dilaksanakan sesempurna mungkin. Berikut ini disebutkan beberapa permasalahan mengenai cara dan hukum-hakam menjawab salam.
1. Lafaz jawapan salam itu sekurang-kurangnya ialah: “Wa‘alaikassalâm”
salam yang paling afdhal dan paling sempurna ialah “wa‘alaikumussalâm
Namun harus diingat bahawa lafaz “wa‘alaikassalâm” (ُِوَعَلَيْك َِالسَّالَم) yang ertinya: “Selamat sejahtera ke atasmu” itu hanya sah sebagai jawapan salam jika orang yang memberi salam itu seorang sahaja, kerana kata ganti diri ‘mu’ itu merupakan kata ganti diri tunggal yang hanya sesuai ditujukan kepada seorang sahaja. Adapun jika pemberi salam itu ramai maka ucapan tersebut tidak memadai bahkan hendaklah dijawab dengan lafaz “wa‘alaikumussalâm” (ُِوَعَلَيْكُم ُِالسَّالَم) yang ertinya: “Selamat sejahtera ke atas kamu.”
2. Mengucapkan “wa‘alaikumussalâm” (ُِوَعَلَيْكُم ُِالسَّالَم) itu lebih afdhal daripada “wa‘alaikassalâm” (ُِوَعَلَيْك َِالسَّالَم) walaupun orang yang dijawab salamnya itu hanya seorang kerana kata ganti diri ‘kamu’ itu lebih menunjukkan sikap hormat dan agar ucapan selamat dan kesejahteraan itu akan turut sama merangkumi para malaikat yang mendampinginya.
3. Sekiranya diberi salam oleh sekumpulan orang ramai, maka menjawabnya dengan melafazkan sekali ucapan “wa‘alaikumussalâm” ( ُِوَعَلَيْكُم ُِالسَّالَم ) adalah memadai jika diniatkan lafaz tersebut sebagai jawapan salam bagi semua orang yang memberikan salam dalam kumpulan tersebut tanpa perlu dijawab seorang demi seorang.
4. Jika diucapkan jawapan salam itu dengan lafaz “‘alaikumussalâm” (َُِِعَلُِِيْكُمالسَّالَم) tanpa menyebut “wa” yakni membuang huruf ‘athf (و), maka menurut ulama itupun sudah memadai sebagai jawapan salam. Bagaimanapun, menyebut “wa” pada permulaan jawapan salam itu adalah lebih afdhal dan lebih baik daripada meninggalkannya.
5. Adapun menjawab salam dengan lafaz “wa‘alaikum” (ُِوَعَلَيْكُم) sahaja adalah tidak memadai sebagai jawapan salam.
6. Menjawab salam dengan lafaz “assalâmu‘alaikum” (ُِالسَّالَم ِْ عَلَيْكُم) adalah harus dan memadai.
Begitu juga dengan lafaz “salâmun ‘alaikum” (ِْسَالَم ٌِعَلَيْكُم), iaitu dengan membuang huruf ‘alif’ dan ‘lâm ma‘rifah’ pada perkataan (ُِ السَّالَم) juga dikira dan diiktiraf sebagai lafaz yang shahîh untuk menjawab salam. Bagaimanapun menyertakan ‘alif’ dan ‘lâm ma‘rifah’ itu adalah lebih sempurna dan lebih afdhal.
7. Menurut pendapat yang shahîh sepertimana yang dipilih oleh Imam an-Nawawi Rahimahullâh, ucapan salam dengan lafaz “‘alaikassalâm”
(ِْسَالَم ٌِعَلَيْكُم),ِ adalah wajib dijawab kerana lafaz-lafaz tersebut dikira sebagai ucapan salam yang betul.
Walau bagaimanapun, memberi salam dengan lafaz terbalik, iaitu lafaz
hukumnya adalah makruh.
8. Disyaratkan dalam menjawab salam supaya lafaz jawapan itu dapat didengar dengan jelas oleh orang yang memberi salam. Dari itu, selagi jawapan salamnya itu belum dapat didengar oleh orang yang memberi salam, maka selagi itulah belum gugur kewajipan menjawab salam itu daripada tanggungannya.
Jika orang yang dijawab salamnya itu orang yang kurang baik pendengarannya, maka hendaklah diangkat suara dalam kadar yang mampu didengar olehnya supaya jawapan salam itu benar-benar dapat didengar oleh pemberi salam itu.
9. Sekiranya orang yang diberi salam itu adalah orang pekak, maka diwajibkan ke atas orang yang hendak memberi salam kepadanya itu supaya melafazkan salam berserta dengan isyarat tangan atau yang seumpamanya supaya dia dapat memahaminya. Jika lafaz salam itu tidak disertakan dengan isyarat, maka tidak wajib bagi orang yang pekak itu untuk menjawab salamnya.
Begitu juga apabila menjawab salam yang diberikan oleh orang pekak, wajib ke atas orang yang hendak menjawab salamnya itu supaya mengiringi lafaz jawapan salam itu berserta isyarat. Bagaimanapun, jika penjawab salam itu mengetahui bahawa orang pekak itu dapat memahami daripada pergerakan mulutnya yang dia menjawab salamnya, maka tidaklah disyaratkan untuk menyertakan isyarat dalam hal ini.
Adapun salam orang bisu dengan isyarat semata-mata adalah dikira dan wajib dijawab. Begitu juga jawapan salamnya dengan isyarat semata-mata adalah memadai dan dikira sebagai jawapan salam yang sah.
10. Wajib jawapan salam itu tidak jauh jarak masa atau tempohnya daripada ucapan pemberi salam. Jika orang itu mengakhirkan atau melambat-lambatkan jawapan salam dan tidak menjawabnya dengan segera, maka ini tidak lagi dikira sebagai jawapan salam dan dia berdosa kerana dikira sebagai tidak menjawabnya.
11. Wajib menjawab dengan segera salam yang dikirimkan oleh seseorang yang disampaikan oleh orang lain yang dihantarkannya sebagai utusan dan sunat diiringi jawapan salam itu dengan jawapan untuk utusannya dengan menyebutkan lafaz seumpama “wa‘alaika wa‘alaihissalâm wa rahmatullâh wa barakâtuh”
atasmu dan selamat sejahtera juga ke atasnya (pemberi salam) serta (kurniaan) rahmat Allah dan keberkatanNya (ke atas kamu)”. Caranya adalah dengan mendahulukan jawapan salam kepada utusan yang menyampaikan salam terlebih dahulu kemudian barulah kepada orang yang mengirimkan salam.
12. Apabila salam itu ditujukan kepada satu kumpulan, maka hukum menjawabnya adalah fardhu Kifayah. Jadi jika salah seorang sahaja daripada mereka itu menjawab salam tersebut, maka yang demikian itu adalah memadai dan gugurlah kewajipan menjawab salam itu daripada orang lain dalam kumpulan tersebut. Dalam hal ini, pahala menjawab salam itu hanya diperolehi oleh orang yang menjawab salam itu sahaja.
Jika kesemua orang dalam kumpulan itu menjawab salam tersebut, maka yang demikian itu adalah suatu yang terbaik dan paling sempurna. Dengan perbuatan ini juga pahala menjawab salam itu akan diperolehi oleh semua walaupun jawapan salam mereka itu tidak serentak.
Jika tidak ada seorang pun daripada orang yang berada dalam kumpulan tersebut yang menjawab salam itu, maka semua mereka itu menanggung dosa.
13. Jika salam itu dijawab oleh orang lain yang bukan ditujukan salam itu untuknya, maka ini tidak melepaskan orang yang ditujukan salam kepadanya itu daripada tanggungan hukum wajib menjawab salam bahkan masih juga diwajibkan atasnya menjawab salam tersebut.
Demikian beberapa penjelasan tentang permasalahan cara dan hukum-hakam menjawab salam. Apa yang perlu diambil perhatian ialah ucapan salam serta jawapannya bukanlah satu perkara mudah yang boleh dibuat sambil lewa sahaja. Ia adalah satu ibadat yang mendatangkan ganjaran pahala dan memiliki cara dan hukum-hakamnya yang tersendiri. Rugilah sekiranya mana-mana amal ibadat yang kita kerjakan tidak diterima atau tidak dibuat sebaik mungkin kerana kejahilan kita sendiri.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-14434
دليل الألوان
